KL dan Tokyo bekerjasama capai sasaran masyarakat rendah karbon
Bernama
Ogos 23, 2019 17:30 MYT
Ogos 23, 2019 17:30 MYT
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Kerajaan Metropolitan Tokyo (TMG) akan bekerjasama untuk mencapai sasaran dan strategi yang terkandung di bawah Pelan Induk Masyarakat Rendah Karbon Kuala Lumpur 2030.
Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Nor Hisham Ahmad Dahlan berkata DBKL ingin meneroka lebih banyak amalan terbaik daripada bandar-bandar lain yang berjaya dalam langkah-langkah balas perubahan iklim yang akan diguna pakai dalam pelbagai program di bawah pelan induk itu.
"Bagaimanapun, untuk melaksanakan semua program rendah karbon DBKL tidak bersendirian, kami bernasib baik untuk menerima bantuan melalui pengkongsian pengetahuan, usaha kolaboratif serta latihan dari TMG untuk mencapai pengurangan intensitas karbon sebanyak 70 peratus menjelang 2030.
"TMG telah memperkenalkan langkah-langkah bangunan sedia ada dan bangunan baharu dengan menggunakan pengalamannya, mereka dapat membantu Kuala Lumpur dalam memperkemaskan rangka kerja dasar bangunan yang mampan," katanya ketika melancarkan Sistem Rendah Karbon Tokyo ke Kuala Lumpur (T2KLLCS) di sini, hari ini.
Beliau berkata program rendah karbon yang dilaksanakan oleh DBKL termasuk menukarkan semua lampu jalan kepada lampu LED, memasang peralatan cekap tenaga di semua bangunan DBKL, menanam lebih banyak pokok, serta menggalakkan orang ramai untuk berjalan dan berbasikaal di bandar.
"Pada masa yang sama, kami berharap untuk menggalakkan bangunan baharu milik persendirian dibina untuk kategori bangunan hijau manakala yang lama digesa untuk dipasang semula.
"Mungkin, DBKL harus mempertimbangkan untuk menawarkan pakej insentif yang sesuai untuk menggalakkan pembeli dari sektor swasta," katanya.
Beliau berkata kerjasama bandar raya dengan bandara raya juga mendapat sokongan daripada Institut Strategi Alam Sekitar Global (IGES) dan Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari (SEDA), Universiti Teknologi Malaysia (UTM), dari segi kepakaran dan koordinasi teknikal.
Sementara itu, Pengarah Kanan Bahagian Perubahan Iklim dan Tenaga TMG Kenji Ogawa berkata Tokyo telah, sejak 2000 mengguna pakai amalan kecekapan tenaga berdasarkan menjadi salah satu bandar metropolitan terbesar di dunia.
Beliau berkata menerusi pelbagai langkah seperti program Cap dan Perdagangan Tokyo dan program pelepasan karbon monoksida (CO2) untuk PKS, bandar itu telah mengurangkan penggunaan tenaga sebanyak kira-kira 23 peratus berbanding tahap pada 2000.
"Sebagai contoh, beberapa bangunan besar di Tokyo dapat mengurangkan pelepasan CO2 sebanyak 50 peratus hasil pelbagai langkah balas kecekapan tenaga.
"Sasaran kami adalah untuk mencapai status sifar pelepasan menjelang tahun 2050 dan menyumbang kepada misi global untuk penyahkarbon, walaupun bukan mudah. Tetapi kami percaya iam memungkinkan dengan melaksanakan pelbagai langkah penjimatan tenaga satu demi satu dan menambah penggunaan tenaga yang boleh diperbaharui, " katanya.
-- BERNAMA
#DBKL
#Kuala Lumpur
#masyarakat malaysia
#Nor Hisham Ahmad Dahlan
#pelan induk
#rendah karbon
#tmg
#Tokyo