KL City Grand Prix: Lima jalan utama ibu kota ditutup esok

Astro Awani
Ogos 6, 2015 22:40 MYT
Beberapa jalan di bandar raya KL akan ditutup kepada lalu lintas dari 6 pagi hingga 6 petang sempena perlumbaan julung kali KL City GP.
Beberapa jalan utama di bandar raya Kuala Lumpur akan ditutup kepada lalu lintas mulai 6 pagi hingga 6 petang sempena perlumbaan julung kali KL City Grand Prix yang bakal diadakan pada 7 hingga 9 Ogos ini.
Antara jalan utama yang terbabit adalah:
Difahamkan, sepanjang tiga hari perlumbaan tersebut, iaitu mulai 6 pagi, jalan serta akses ke bangunan yang terdapat di sepanjang jalan berkenaan akan ditutup secara berperingkat-peringkat.
Gambar dari laman portal City Grand Prix
Trafik di tujuh lokasi akan dilencongkan dan dikawal polis trafik.
Jalan-jalan tersebut adalah Jalan Sultan Ismail / Jalan Raja Abdullah, Jalan Ampang / Jalan Dang Wangi, Jalan Raja Chulan / Jalan P. Ramlee, Jalan Bukit Bintang / Jalan Sultan Ismail, Jalan Sultan Ismail / Jalan Raja Chulan dan Jalan Yap Kwan Seng / Jalan Mayang.
Semua kenderaan awam tidak dibenarkan mengunakan atau berada di jalan utama terlibat selepas pukul 7.30 pagi.
Menurut kenyataan penganjur perlumbaan, GT Global Race (M) Sdn Bhd, satu litar sementara yang mendapat kelulusan Persekutuan Automobil Antarabangsa (FIA) akan dibina di beberapa jalan terlibat.
Gambar dari laman portal City Grand Prix
Sementara itu, Penganjur KL City Grand Prix dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur telah menyediakan pelan pengurusan lalu lintas yang menyeluruh untuk pejalan kaki dan lalu lintas bagi manfaat orang ramai yang akan membuat perjalanan dalam dan sekitar jalan raya yang digunakan dalam acara tersebut.
Satu pusat maklumat trafik juga telah dibuka di Shangri-La Hotel Kuala Lumpur untuk orang ramai yang ingin mengetahui maklumat lanjut mengenai lalu lintas.
Gambar dari laman portal City Grand Prix
Laluan pengangkutan awam berikut telah dilencongkan untuk mengelakkan jalan yang ditutup:
* Bas U28 - Mulia Jaya - Bangunan Lin Ho Bus Hub
* Bas U29 - Mulia Jaya - Bangunan Lin Ho Bus Hub
* Bas U30 - Pandan Mewah - Bangunan Lin Ho Bus Hub
* Bas U26 - Taman Bukit Indah - Bangunan Lin Ho Bus Hub
* Bas U332 - Lembah Jaya Utara - Bangunan Lin Ho Bus Hub
Litar 3.2 kilometer itu akan bermula di hadapan Suria KLCC, sebelum melepasi Jalan Ampang, Jalan Sultan Ismail, Jalan Raja Chulan, Jalan Perak dan kembali ke Jalan P Ramlee.
Perlumbaan yang dianjurkan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan GT Global Race (M) Sdn Bhd itu dijangka akan menyaksikan lebih 100,000 orang.
Untuk pertanyaan lebih lanjut, orang ramai juga boleh menghubungi talian hotline 019-374 7774.
#City Grand Prix KL #perlumbaan
;