KL ATCC jadi mercu tanda penting industri penerbangan awam negara
Tan Su Lin
Februari 14, 2017 10:16 MYT
Februari 14, 2017 10:16 MYT
Pusat Kawalan Trafik Udara Kuala Lumpur (KL ATCC) yang dijangka siap pada hujung tahun 2019 bakal menjadi satu lagi mercu tanda penting dalam industri penerbangan awam negara sekali gus membentuk sebuah lagi detik penting dalam transformasi negara.
Menurut Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, projek KL ATCC yang menelan belanja RM650 juta, apabila siap dibina, akan merupakan titik permulaan pelaksanaan penstrukturan semula Ruang Udara Kuala Lumpur atau lebih dikenali sebagai Kuala Lumpur Flight Information Region (KL FIR).
"Penstrukturan semula ruang udara KL FIR ini akan membolehkan KLIA untuk berupaya beroperasi pada tahap maksima melalui operasi tiga landasan secara serentak. KLIA ialah satu-satunya lapangan terbang di rantau ini yang mengendalikan tiga landasan.
"Operasi secara serentak ini disasarkan dapat mempertingkatkan kapasiti landasan di KLIA secara keseluruhannya dari 78 kepada 108 pergerakan pesawat sejam, yang merupakan antara tertinggi di dunia," ketika berucap pada Majlis Pecah Tanah Kompleks KL ATCC di KLIA.
BERITA LANJUT MENYUSUL