KKR tak cukup bajet untuk perhebat kerja-kerja pre-emtif - Menteri Kerja Raya
Israr Khalid
Januari 16, 2023 05:15 MYT
Januari 16, 2023 05:15 MYT
KUALA LUMPUR: Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi memaklumkan bahawa kementeriannya sudah mengenal pasti kawasan jalan dan cerun yang berisiko berlaku runtuhan.
Namun, kewangan terhad membataskan usaha mereka untuk menggerakkan kerja-kerja tindakan awal terhadap kawasan-kawasan berisiko itu.
“Kita dah ada data dan maklumat di mana sudah dikenal pasti tempat yang berkemungkinan besar cerun akan runtuh kalau tak buat apa-apa pun.
“Tapi oleh kerana kewangan kita agak terhad, kita buat untuk lebih kepada usaha reaktif, maknanya kalau (runtuhan) itu terjadi baru kita baik pulih dan baiki,” katanya dalam program Agenda AWANI pada Isnin.
Oleh hal demikian, beliau agak terkilan dan memohon supaya bajet yang dipohon tidak dikurangkan lebih-lebih lagi yang berkaitan penyelenggaraan jalan.
KKR tak cukup bajet untuk perhebat kerja-kerja pre-emtif - Menteri Kerja Raya