KKM tambah lima ambulans untuk HTAR

Bernama
Julai 18, 2021 12:04 MYT
Petugas kesihatan sedang memberi rawatan kepada pesakit COVID-19 ketika tinjauan di Unit Rawatan Rapi Hybrid Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang, 11 Julai, 2021. - Gambar fail BERNAMA
SHAH ALAM: Kementerian Kesihatan (KKM) telah menambah lima lagi ambulans untuk Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang, kata pengarah hospital berkenaan Dr Zulkarnain Mohd Rawi.
Menerusi laman Facebook HTAR, beliau berkata tambahan itu berikutan keadaan darurat pada masa sekarang membabitkan penggunaan ambulans yang sangat tinggi atau disifatkan beliau sebagai 'luar biasa'.
"Panggilan yang diterima sangat banyak. Permintaan mengatasi keupayaan sedia ada," katanya.
Dr Zulkarnain mengulas demikian susulan laporan sebuah portal dalam talian bahasa Inggeris semalam (17 Julai), yang mendakwa Ahli Parlimen Klang Charles Santiago sebagai berkata dua individu dari kawasannya gagal mendapatkan ambulans untuk menerima rawatan COVID-19 di HTAR.
Sumber Facebook HospitalTengkuAmpuanRahimah
-- BERNAMA
#KKM #Ambulans #HTAR #penggunaan luar biasa #Charles Santiago #COVID-19 #Klang #Kementerian Kesihatan #dalam talian #Parlimen #Zulkarnain Mohd Rawi #Hospital Tengku Ampuan Rahimah
;