KKM sentiasa pantau perkembangan makmal ujian RT-PCR di Sabah

Bernama
November 14, 2020 08:36 MYT
Sabah mencatatkan sebanyak 556 kes positif COVID-19 semalam. -Gambar fail
KUALA LUMPUR: Kesiapsiagaan makmal kesihatan awam Kota Kinabalu Sabah sentiasa dipantau, dalam mempertingkatkan keupayaan makmal melaksanakan ujian RT-PCR kepada 2,500 ujian sehari, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham.
Beliau berkata ini termasuk lawatan kerjanya sendiri, selain usaha Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang melaksanakan libat urus dengan ketua jabatan dan pakar perubatan serta kesihatan awam melalui persidangan maya, bagi membincangkan perkembangan terkini kesihatan di negeri tersebut.
"Pada penghujung bulan Ogos 2020 saya berada di Sabah. Saya juga sempat melibat urus dengan warga makmal dan petugas kesihatan di lapangan untuk mendengar sendiri segala isu dan cabaran terkini.
BACA: Gara-gara kenyataan 'KP Kesihatan takut mati', Dewan Rakyat jadi medan bertikam lidah
BACA: COVID-19: Tidak timbul isu takut mati, KP Kesihatan jawab tuduhan
BACA: Sabah perlu diberi keutamaan terima bekalan vaksin COVID-19
"Timbalan saya Datuk Dr Chong Chee Keong turut turun padang melihat sendiri perkhidmatan kesihatan awam baru-baru ini," katanya menerusi laman Facebooknya hari ini.
Dr Noor Hisham berkata timbalannya itu masih menjalani tempoh kuarantin 14 hari sejurus tiba dari Sabah.
Dilapor, Sabah mencatatkan sebanyak 556 kes positif COVID-19 semalam.
-- BERNAMA
#KKM #Dr Noor Hisham Abdullah #makmal kesihatan awam Sabah #Ujian rT-PCR #2 500 ujian #COVID-19 #Dr Chong Chee Keong #takut mati #Makmal