KKM sedia beri kerjasama penahanan tiga doktor kanan di Pulau Pinang

Astro Awani
September 4, 2024 09:50 MYT
Kementerian Kesihatan Malaysia sedia memberikan kerjasama sepenuhnya kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia berhubung penahanan tiga doktor kanan di Pulau Pinang baru-baru ini. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sedia memberikan kerjasama sepenuhnya kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung penahanan tiga doktor kanan di Pulau Pinang baru-baru ini.
Penahanan tersebut dikaitkan dengan kartel yang didakwa memalsukan tuntutan hilang upaya Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO).
Dalam kenyataan yang dikeluarkan, KKM menegaskan tidak akan bertolak ansur dengan sebarang penyelewengan kuasa dalam kalangan warga kerja mereka.
Bahkan, KKM juga berkata, tindakan sewajarnya akan diambil bagi memastikan perkhidmatan kesihatan awam sentiasa berada pada tahap terbaik.
Pada Selasa, SPRM menahan 32 individu termasuk tiga pegawai perubatan di Pulau Pinang bagi membantu siasatan berhubung kartel yang dikatakan telah memalsukan tuntutan hilang upaya PERKESO di negeri itu.
Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki yang mengesahkan penahanan ini berkata, mereka yang ditahan terdiri daripada dua pegawai perubatan kanan hospital kerajaan serta seorang doktor pakar hospital swasta.
#KKM #doktor kanan #pulau pinan #perkeso
;