KKM pertimbang vaksin influenza untuk warga emas

Pia Ernadya
Mei 13, 2024 18:17 MYT
Dr Dzulkefly Ahmad berkata pihaknya merancang untuk memasukkan vaksin itu di bawah Program Imunisasi Kebangsaan Malaysia (NIP). - Gambar/ Shahir Omar/ Astro AWANI
PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan (KKM) mempertimbangkan untuk melaksanakan pemberian vaksin influenza kepada warga emas.
Menurut menterinya, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata pihaknya merancang untuk memasukkan vaksin itu di bawah Program Imunisasi Kebangsaan Malaysia (NIP).
“Mungkin dalam Bajet tahun 2025 atau seterusnya kita akan mohon. Kita tahu dari segi manfaat dan keberkesanannya kepada golongan warga emas.
"Jadi saya akan berusaha untuk mendapatkan peruntukan itu,” katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Sambutan Minggu Imunasasi Peringkat Kebangsaan, pada Isnin.
Tambahnya lagi, golongan rentan ini akan menerima satu dos vaksin influenza setiap tahun.
“Dos ini perlu diambil setiap tahun kerana virus influenza ini bermutasi,” jelasnya.
#vaksin #Influenza #warga emas #KKM
;