KKM pertimbang ambil tindakan individu langgar HSO - Khairy
Astro Awani
Disember 28, 2021 18:22 MYT
Disember 28, 2021 18:22 MYT
PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sedang mempertimbang untuk mengambil tindakan ke atas individu yang gagal mematuhi Perintah Pengawasan dan Pemerhatian di rumah (HSO).
Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, ia selepas pihaknya mendapati ada sebilangan individu bertindak ingkar arahan tersebut.
"Dari 1 Disember hingga 28 Disember 2021, data MySejahtera menunjukkan sebanyak 1.4 peratus kes positif COVID-19 yang diberikan HSO telah melanggar perintah kuarantin tersebut.
"Maksudnya, mereka tidak boleh keluar, namun ada rekod daftar masuk dan KKM sedang pertimbang tindakan ke atas individu-individu berkenaan. Sebelum ini, kita tidak ambil tindakan.
"Walaupun hanya 1.4 peratus, sepatutnya mereka ini diisolasi tetapi telah keluar, jadi kita terpaksa ambil tindakan yang lebih tegas," katanya pada sidang media di Putrajaya hari ini.