KKM kesan dua lagi kluster baharu

Hilmi Malik
Disember 1, 2020 18:54 MYT
Kluster teratai mencatatkan jumlah tertinggi pertambahan kes COVID-19 iaitu sebanyak 778 kes menurut Kementerian Kesihatan Malaysia. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan terdapat dua lagi pertambahan kluster baharu dikenal pasti iaitu Kluster View Kolombong dan Kluster Talang-Talang.
Berikut merupakan perincian bagi kedua-dua kluster berkenaan.
1. Kluster View Kolombong
- Kluster ini melibatkan daerah Kota Kinabalu dan Tuaran Sabah.
- Kes dilaporkan positif pada 1 Disember hasil saringan individu bergejala.
- Seramai 76 individu telah disaring, 40 kes lagi telah dikesan positif.
2. Kluster Talang-Talang
- Kluster ini melibatkan daerah Kota Kinabalu, Sabah.
- Kes dilaporkan positif pada 23 November hasil saringan individu bergejala.
- Seramai 67 individu telah disaring, 18 kes lagi dikesan positif.
Menurut KKM, setakat ini terdapat 364 kluster yang dilaporkan masih aktif termasuk dua kluster baharu yang dilaporkan.
Kluster-kluster yang melaporkan pertambahan kes baharu tertinggi pada hari ini adalah Kluster Teratai (778 kes), Kluster Hentian (118 kes) dan Kluster Batu Tujuh (37 kes).
Ikuti perkembangan terkini COVID-19 di sini
BACA: COVID-19: 1,472 jangkitan baharu, 1,552 sembuh, 3 kematian
BACA: 891 kes baharu di Selangor jadi tumpuan hari ini
#COVID-19 #KKM #Dr Noor Hisham Abdullah #kluster #Kluster baharu #Kluster View Kolombong #Kluster Talang-Talang
;