KKM kenal pasti dua lagi kluster baharu

Hilmi Malik
Julai 22, 2020 17:36 MYT
KKM kenal pasti dua lagi kluster baharu. - Gambar fail
Kementerian Kesihatan Malaysia KKM telah mengenal pasti dua lagi kluster baharu yang telah menjangkiti enam individu.
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata kluster pertama yang dikenal pasti merupakan kluster Hyde Park dan kluster pesakit di bawah pemantauan (PUI) Melbourne.
Bagi kluster Hyde Park, Dr Noor Hisham menjelaskan ia membabitkan seorang warga asing yang bekerja sebagai kru kapal dan kini sudah menjangkiti empat individu.
“Kluster Hyde Park melibatkan bukan warganegara dan kini sedang menerima rawatan di Hospital Sungai Buloh manakala kesemua kontak rapat yang negatif dikuarantin di kapal tersebut.
“Bagaimanapun kluster ini tidak membawa risiko penularan jangkitan dalam komuniti kerana ia merupakan kluster import yang terpencil (isolated) di sebuah kapal.
"Kluster PUI Melbourne pula membabitkan seorang pelajar warganegara Malaysia iaitu kes ke 8,749 yang pulang dari Australia pada 15 Julai lalu," katanya dalam kenyataannya pada Rabu.
#COVID19 #Kementerian Kesihatan #KKM #NOORHISHAM ABDULLAH #PKPP
;