Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengenal pasti sebanyak 26 hospital di seluruh negara sebagai langkah kesiapsiagaan bagi mengendalikan kes disyaki jangkitan 2019 novel koronavirus (2019-nCoV) yang memerlukan pemeriksaan dan rawatan lanjut.
Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru (HSA JB) sebagai contoh merupakan hospital rujukan bagi kes yang disyaki dan disahkan positif koronavirus bagi negeri Johor.
"Bagi memastikan penggunaan fasiliti KKM sedia ada yang optimum, kes-kes yang disyaki atau disahkan positif 2019-nCoV dan berada dalam keadaan stabil akan dirawat dan dipantau oleh Pasukan Perubatan Penyakit Berjangkit HSA JB di wad isolasi Hospital Permai, Johor Bahru.
"Hospital Permai mempunyai kemudahan fasiliti yang amat baik serta dikawal rapi oleh polis bantuan bagi memastikan tiada pencerobohan oleh mana-mana pihak yang tidak berkenaan. Namun sekiranya terdapat kes-kes yang kritikal dan memerlukan rawatan dan pemantauan rapi, satu wad isolasi khas telah pun dikenal pasti untuk digunakan di HSA JB," katanya dalam kenyataan di laman Facebook Ketua Pengarah Kesihatan.
Sementara itu, Dr Noor Hisham juga berkata tatacara pengendalian kes-kes disyaki yang melibatkan fasiliti kesihatan awam dan swasta telah dikeluarkan sebagai rujukan kepada semua anggota kesihatan di lapangan bagi mengesan, mengendali dan menguruskan individu yang disyaki dijangkiti koronavirus.
Dr Noor Hisham turut merakamkan penghargaan kepada kesemua petugas kesihatan terutamanya di lapangan yang sedang bertungkus-lumus memastikan kejadian kluster jangkitan koronavirus dapat dikawal.
"Terima kasih juga kepada semua pihak termasuk pihak swasta yang telah memberikan kerjasama yang baik demi memastikan keselamatan dan kesihatan awam rakyat terpelihara," katanya.
Sementara itu, dalam kenyataan berasingannya dalam laman Facebooknya selepas majlis taklimat dengan Menteri Besar Johor Datuk Dr Sahruddin Jamal berkenaan kesiapsiagaan mengendalikan kes koronavirus di peringkat negeri, Dr Noor Hisham berkata KKM akan terus mempertingkatkan langkah pencegahan dan kawalan jangkitan penyakit koronavirus itu.
Katanya kes-kes yang disyaki akan diperiksa dan dirujuk ke hospital KKM yang telah dikenal pasti untuk pengambilan sampel serta pemantauan perkembangan gejala kes.
"Kes-kes ini dipantau sehingga tamat tempoh inkubasi virus ini iaitu sekurang-kurangnya 14 hari dari tarikh pendedahan atau berlepas dari negara China. Ini adalah selari dengan Seksyen 14 Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342)," katanya.
Mengenai majllis taklimat dengan Menteri Besar Johor itu, Dr Noor Hisham berkata antara perkara dibincangkan ialah langkah-langkah kesiapsiagaan dan respons pihak kesihatan di peringkat negeri bagi menghadapi kluster jangkitan koronavirus.
"Antara perkara yang dibincangkan sebentar tadi termasuk mengenai pengendalian kes yang disyaki dan disahkan positif 2019-nCoV, pelaksanaan Perintah Pemantauan dan Pengasingan kontak rapat kes yang positif 2019-nCoV, keperluan aset dan sumber manusia, serta kerjasama rapat KKM dengan Kerajaan Negeri Johor dan agensi-agensi yang berkaitan termasuk pihak Jabatan Imigresen Malaysia dan Polis Diraja Malaysia," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jan 27 2020
NIOOR HISHAM: Terima kasih juga kepada semua pihak termasuk pihak swasta yang telah memberikan kerjasama yang baik demi memastikan keselamatan dan kesihatan awam rakyat terpelihara.
Kepakaran menghasilkan vaksin ada pada universiti, bukan KKM - Pakar
KKM perlu kerjasama dengan universiti untuk bangunkan vaksin bagi mengelakkan pembaziran dana serta kebergantungan kepada vaksin import.
Perak teroka pasaran halal global - Menteri Besar
Perjanjian dimeterai antara Leiner Gelatine dan Ladang Lekir dalam usaha menjadikan Perak pemain utama pengeluaran produk halal.
8 terbunuh, 2,750 cedera akibat letupan di seluruh Lubnan
Hospital di Beirut, Saida dan Tyre dipenuhi dengan individu yang cedera.
Tindak balas antarabangsa bantu mangsa Taufan Yagi di Myanmar diperlukan
Taufan Yagi melanda utara Myanmar pada 10 September, menyebabkan banjir teruk, tanah runtuh dan kemusnahan meluas di seluruh negara.
Populasi warga emas berusia 100 tahun di Jepun melebihi 95,000
Bilangan penduduk berusia sekurang-kurangnya 100 tahun di Jepun dianggarkan mencecah 95,119 orang pada September.
Pantai Port Dickson tumpuan pengunjung musim cuti sekolah
Pantai peranginan di Port Dickson menjadi tumpuan pengunjung dari seluruh pelosok negeri untuk berkelah bersama keluarga sempena musim cuti persekolahan ini.
Malaysia melihat kemampanan industri nadir bumi dengan potensi semakan perundangan
Ia untuk menilai keperluan pelarasan bagi pengawasan cekap sektor unsur nadir bumi bukan radioaktif (NR-REE).
23 projek rumah mampu milik akan dibina menerusi RMK-12
Kesemua projek berkenaan akan menyediakan lebih 7,000 unit RMM, yang dibina khusus untuk membantu golongan berpendapatan rendah (B40).
Rusia, Malaysia jalin kerjasama dalam pelancongan mesra Muslim
Rusia dan Malaysia sedia utingkatkan pelancongan mesra Muslim menerusi kerjasama baharu antara badan pensijilan halal Rusia, Roskachestvo dan Pusat Pelancongan Islam Malaysia.
IShowSpeed tiba di KL, terima baju batik daripada peminat
Speed menerima hadiah daripada beberapa orang peminat Malaysia ketika kenderaannya berhenti di lampu isyarat di ibu negara pada Selasa,
Gangguan bekalan elektrik: 'Kecoh juga, urusan tergendala seketika'- Pesakit
Gangguan bekalan elektrik di beberapa kawasan di Lembah Klang memberi kesan terutama kepada pesakit di hospital apabila tidak terlepas mengalami gangguan pada Rabu.
Hartal Doktor Kontrak: Jangan ambil tindakan terhadap doktor terbabit protes - Cuepacs
Adnan Mat, berkata meskipun Cuepacs pada dasarnya tidak bersetuju dengan tindakan kumpulan itu, namun tetap menghormati suara dibawa mereka.
Mohamad Sabu stabil, dijangka keluar hospital esok
Presiden Amanah, Mohamad Sabu yang dimasukkan ke hospital pada Khamis lalu kini berada dalam keadaan stabil.
Hospital bergerak Australia teruskan usaha rawat hidupan liar di tapak baharu
Hospital bergerak yang merawat hidupan liar di Australia seperti koala dan kangaroo bakal berpindah ke lokasi baharu di Byron Bay.
Empat kluster baharu dikesan hari ini - Dr Noor Hisham
KKM memaklumkan terdapat empat kluster baharu dikenal pasti pada Ahad iaitu Kluster Bah Layangan, Kluster Alma, Kluster Auto dan Kluster Penjara Kepayan.
Dua kanak-kanak antara empat kes baharu COVID-19 di Sarawak
Sarawak mencatat empat lagi kes COVID-19 menjadikan kes keseluruhan berjumlah 763 kes
Perdana Menteri negatif COVID-19 bagi saringan kedua, tamat kuarantin
Tambah kenyataan tersebut lagi, Muhyiddin yang juga Ahli Parlimen Pagoh telah tamat tempoh kuarantin pada 16 Oktober.
COVID-19: KKM kesan tiga lagi kluster baharu
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengesan tiga lagi kluster baharu dikenali sebagai Kluster Lekir, Kluster Buntar, dan juga Kluster Merbok.
6 kluster baharu COVID-19 dikenal pasti, 4 di Sabah
Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, daripada jumlah itu, empat adalah di Sabah, satu masing-masing di Selangor dan Pulau Pinang.
COVID-19: Gelombang ketiga lebih mencabar, namun KKM lebih bersedia - Dr Noor Hisham
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menyifatkan gelombang ketiga COVID-19 di Malaysia lebih mencabar.