KKM giat kesan kontak rapat tiga kluster di Samarahan
Hasimi Muhamad
April 22, 2020 18:59 MYT
April 22, 2020 18:59 MYT
Kementerian Kesihatan sedang menggiatkan usaha mengenal pasti kontak rapat membabitkan tiga kluster COVID-19 yang wujud di Kota Samarahan, Sarawak.
Ia masing-masing membabitkan kluster individu dalam siasatan (PUI) yang pulang dari Itali, persidangan agama gereja dan petugas barisan hadapan.
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata ketika ini pihaknya sedang mengenal pasti kontak rapat bagi memutuskan rantaian COVID-19.
“Jadi kita masih kenal pasti bagaimana hendak putuskan penularan, tetapi yang pasti, tindakan mengesan kes aktif kena dipergiatkan lagi untuk kita kenal pasti kontak rapat.
“Jadi mungkin ada kala PUI pertama bekerja di bank contohnya. Ada yang tak dapat kita kenal pasti kontak terdekat itu, jadi adalah penting untuk kita berbuat demikian,” katanya dalam sidang media harian, di sini pada Rabu.