KKM alu-alukan kajian berkaitan penggunaan ganja untuk perubatan - Khairy

Madiha Abdullah
April 6, 2022 06:45 MYT
KKM mengalu-alukan kerjasama industri atau ahli akademik dalam penyelidikan klinikal penggunaan kanabis atau ganja dalam perubatan. - Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan (KKM) setakat ini belum menerima laporan penuh mengenai kegunaan CBD atau 'cannabidiol', yang merupakan antara kandungan aktif dalam pokok kanabis, untuk tujuan perubatan.
Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, berkata KKM mengalu-alukan kerjasama industri atau ahli akademik dalam penyelidikan klinikal penggunaan kanabis atau ganja dalam perubatan.
"Banyak perbincangan mengenai penggunaan ganja dalam perubatan.
"KKM konsisten dalam mengamalkan dasar berasaskan bukti. Itulah sebabnya kami mengalu-alukan kajian klinikal untuk penggunaan CBD untuk tujuan perubatan," katanya dalam ciapan di Twitter, hari ini.
Jelasnya, kerjasama membabitkan industri atau ahli akademik itu boleh diselaraskan dengan Institut Penyelidikan Klinikal dan Clinical Research Malaysia (CRM) yang diwujudkan KKM, sejak 2012.
Khairy sebelum ini pernah memaklumkan, undang-undang negara tidak akan menghalang penggunaan kanabis bagi tujuan perubatan jika mematuhi beberapa peraturan.
Undang-undang berkaitan adalah Akta Dadah Berbahaya 1952, Akta Racun 1952 dan Akta Jualan Dadah 1952 tidak melarang penggunaan ganja untuk tujuan perubatan.

Much discussion of late on medicinal use of marijuana. @KKMPutrajaya has been consistent in practicing evidence-based policies. Thats why we have welcomed clinical studies for the use of CBD for medicinal purposes. This can be coordinated by @ICR_NIH & @ClinicalRsrchMY.

— Khairy Jamaluddin (@Khairykj) April 6, 2022
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Khairy Jamaluddin #Kementerian Kesihatan #KKM #ganja #kanabis