KKM akan benarkan suami lengkap vaksin teman isteri bersalin

Afiezy Azaman
September 27, 2021 05:15 MYT
Kementerian Kesihatan (KKM) akan mempertimbangkan kebenaran kepada suami yang lengkap dua dos vaksin COVID-19 untuk menemani isteri ketika melahirkan anak mereka. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan (KKM) akan mempertimbangkan kebenaran kepada suami yang lengkap dua dos vaksin COVID-19 untuk menemani isteri ketika melahirkan anak.
Perkara itu dimaklumkan Menteri KKM, Khairy Jamaluddin Abu Bakar serta Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah di laman Twitter, pada Isnin.
Kata Khairy, beliau telah meminta Dr Noor Hisham membenarkan perkara berkenaan dilaksanakan.
"Saya telah minta Dr Noor Hisham untuk membenarkan bakal bapa yang lengkap divaksinasi, menjalankan ujian COVID-19 dan sekiranya negatif dibenarkan untuk menemani isteri mereka dalam bilik bersalin," katanya.

Saya telah minta @DGHisham untuk membenarkan bakal bapa yang lengkap divaksinasi & menjalankan ujian COVID dan negatif untuk menemani isteri mereka dalam bilik bersalin. https://t.co/DDmoZZNRrI

— Khairy Jamaluddin (@Khairykj) September 27, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Beliau berkata demikian selepas ditanya seorang pengguna Twitter agar mempertimbangkan supaya suami dibenarkan untuk menemani isteri di bilik bersalin sekiranya telah lengkap vaksinasi dan melakukan ujian saringan COVID-19.

YB, please consider allowing fully vaccinated husbands to accompany their wife in the labour rooms. Provided their screening test shows theyre clear of Covid-19. Thank you. Cc. @KKMPutrajaya @MKNJPM @DGHisham @n_izzah @hannahyeoh @SyedSaddiq @maszlee

— (@f_scottphytz) September 27, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Sementara itu, Dr Noor Hisham dalam jawapan balasnya turut menyatakan,"Ya, akan melakukan perkara yang diperlukan'.

Yes will do the needful

— Noor Hisham Abdullah (@DGHisham) September 27, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#vaksin COVID-19 #melahirkan anak #menemani isteri #bilik bersalin #Khairy Jamaluddin #Dr Noor Hisham