Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) serta agensi di bawah seliaannya pada Khamis menyerahkan wang sumbangan kepada waris-waris mangsa yang terlibat dalam kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah bulan lalu.
Menterinya Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ketika menyerahkan wang kutipan sebanyak RM230,043 itu berkata, wang tersebut akan diagih-agihkan kepada semua waris mangsa sama ada yang meninggal dunia, cedera atau yang terselamat.
"Selain sumbangan wang tersebut, khidmat pendawaian semula oleh agensi Giatmara di setiap pusat tahfiz di seluruh negara akan dilaksanakan bagi memastikan keselamatan pelajar dan tenaga pengajar di situ," katanya kepada pemberita di kementerian itu di sini semalam.
Ismail Sabri berkata, beliau tersentuh dengan tragedi itu kerana mengenali pelajar tahfiz terbabit secara peribadi.
"Saya pernah makan dan berbuka puasa dengan mereka,” katanya.
Turut hadir pada majlis penyerahan sumbangan itu ialah Timbalan Pengetua Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, Ustaz Roslan Awang Ali; Timbalan Menteri KKLW, Datuk Alexandar Nanti Linggi dan penyelaras waris mangsa kebakaran, Datin Hartini Abdul Ghani.
Antara agensi yang menyumbang termasuk RISDA, FELCRA, GIATMARA, KESEDAR dan KEJORA serta sumbangan peribadi daripada Ismail Sabri sendiri.
Pada 14 September lalu, seramai 21 pelajar dan dua guru pusat tahfiz tersebut terkorban dalam kebakaran yang berpunca daripada perbuatan khianat.
Dalam perkembangan lain, Bernama melaporkan, KKLW akan memberi kerjasama kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung kes penyelewengan dana lebih RM100 juta untuk program rakyat miskin.
Ismail Sabri berkata beliau difahamkan kes tersebut melibatkan kes lama.
"Walau kes ini merupakan kes lama, mungkin failnya masih berada di KKLW. Jadi jika SPRM perlukan fail itu dan sebagainya kita akan serahkan. Apa saja yang diperlukan SPRM kita (KKLW) akan berikan," katanya.
Menurut laporan media, lebih RM100 juta dana program untuk rakyat miskin diseleweng oleh pegawai kementerian yang bersekongkol dengan 10 syarikat.
BACA: 4 ditahan didakwa seleweng wang peruntukan hampir RM40 juta
BACA: Riot beri keterangan 10 jam di SPRM
BACA: SPRM sahkan ambil keterangan Richard Riot
BACA: Penyelewengan dana: Datuk, dua individu bebas reman SPRM
Antara peruntukan projek yang diseleweng ialah untuk program bantuan makanan pelajar miskin.
Dilaporkan susulan siasatan yang dijalankan, SPRM membekukan sembilan akaun bank bernilai RM151 juta.
Nursyazwani Saiful Sham
Thu Oct 05 2017
Ismail Sabri bergambar kenangan bersama waris mangsa kebakaran pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Majlis Penyerahan Sumbangan kepada Waris Mangsa Kebakaran Pusat Tahfiz tersebut di Putrajaya pada Khamis. --fotoBERNAMA
AWANI Ringkas: 21 warga Bangladesh ditahan cuba masuk Malaysia
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Teo Nie Ching dipilih Pengerusi DAP Johor
Ketua Wanita DAP Teo Nie Ching dipilih sebagai Pengerusi DAP Johor bagi penggal 2024/2027 menggantikan Liew Chin Tong yang menyandang jawatan itu sejak 2014.
AWANI 7:45 [06/10/2024] – Tuduhan palsu | Krisis kemanusiaan semakin parah | Tindakan akibat tekanan anak di Gaza | Misi lawatan PM di Pakistan
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Dzulfitri Yusof dibawakan oleh #Maxis5G
Tumpuan #AWANI745 malam ini:
- Tiada perbincangan ubah Islam agama rasmi, kata PM
- Setahun genosid di Gaza, yang mati lebih baik, kerana hidup terus merana
- Wanita Palestin mohon maaf kepada rakyat Malaysia
- Wartawan Malaysia tempuh detik cemas terkepung di Islamabad
Tumpuan #AWANI745 malam ini:
- Tiada perbincangan ubah Islam agama rasmi, kata PM
- Setahun genosid di Gaza, yang mati lebih baik, kerana hidup terus merana
- Wanita Palestin mohon maaf kepada rakyat Malaysia
- Wartawan Malaysia tempuh detik cemas terkepung di Islamabad
DAP tidak pernah cadang Kerajaan Perpaduan, selesa sebagai pengimbang di Johor - Loke
DAP tidak pernah mencadangkan agar Kerajaan Perpaduan ditubuhkan di Johor, sebaliknya parti itu selesa memainkan peranan sebagai pengimbang di negeri itu.
AWANI Global: konflik Asia Barat: Perang Israel-Hezbollah
Israel semakin 'menggila' memperluaskan tujuan perangnya menyerang sempadan negara berdaulat yang bersekutu dengan Hamas. Sejauh mana keangkuhan Israel membuka mata dan merubah pandangan dunia terhadap kekejaman peristiwa di Palestin pada 7 Oktober tahun lalu?
AWANI Ringkas: Kelapa diletak di bawah Lembaga Koko Malaysia
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Kejadian tembak di Selama, polis tahan pemilik kebun
Polis menahan seorang lelaki tempatan kerana disyaki terlibat kes tembakan sehingga menyebabkan seorang individu cedera di Kampung Sumpit Beras, Rantau Panjang dekat Selama Jumaat lepas.
#AWANIRingkas 6 Oktober 2024 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 6 Oktober 2024
1️⃣ Wanita Palestin mohon maaf cetus kekecohan
2️⃣ Kelapa diletak di bawah Lembaga Koko Malaysia
3️⃣ Kedai runcit simpan, cuci sayuran dalam tandas sebelum dijual
#awaniringkas
1️⃣ Wanita Palestin mohon maaf cetus kekecohan
2️⃣ Kelapa diletak di bawah Lembaga Koko Malaysia
3️⃣ Kedai runcit simpan, cuci sayuran dalam tandas sebelum dijual
#awaniringkas
Kalau mahu lindungi gajah, selamatkan kami dulu
Lebih seribu penduduk di tiga kampung di Hulu Terengganu semakin dihimpit ketakutan apabila kampung mereka bagaikan bertukar menjadi perkampungan gajah.
Kabinet setuju komoditi kelapa di bawah Lembaga Koko Malaysia - TPM Ahmad Zahid
Jemaah Menteri bersetuju menstrukturkan Lembaga Koko Malaysia dengan memasukkan komoditi kelapa di bawah agensi itu.
Keyakinan Najib RM2 bilion adalah derma dari Arab Saudi munasabah - Peguam
Mahkamah Tinggi diberitahu bahawa keyakinan Datuk Seri Najib Tun Razak bahawa RM2 bilion merupakan derma dari Arab Saudi adalah munasabah.
Djokovic derma kemenangan emas Olimpik buat misi kemanusiaan
Juara Grand Slam 24 kali itu jelas beremosi selepas memastikan kemenangan untuk negaranya dengan kemenangan 7-6 7-6 ke atas pesaingnya.
Banduan derma gaji bekerja di penjara bantu warga Palestin
Hantaran Mashouf mengenai sumbangan Hamza itu pantas menjadi tular dengan lebih 24,000 suka dan mendapat lebih 8,200 ciapan semula.
Selangor salur RM1 juta bantuan ke Akaun Amanah Kemanusiaan Rakyat Palestin
Bantuan itu diharapkan menjadi sebahagian daripada usaha kolektif bagi mengangkat prinsip keadilan serta menentang keganasan.
Gempa bumi Turkiye, Syria: Angelina Jolie rayu derma untuk bantu mangsa
Pelakon Hollywood yang juga aktivis hak asasi manusia Angelina Jolie pada Sabtu merayu agar derma disalurkan kepada Turkiye dan Syria.
Indonesia di kedudukan teratas dunia sebagai negara 'Most Generous'
Lapan daripada 10 orang rakyatnya menderma dalam bentuk kewangan manakala enam daripada 10 menyumbang sebagai sukarela.
Tiada wang ringgit bukan halangan untuk menderma di bulan Ramadan
Susu Goodday dengan kerjasama ERA dan GEGAR menyantuni golongan kurang bernasib baik & terjejas COVID-19 pada Ramadan tahun ini menerusi kempen 'Goodday Berkat Sepakat'.
Janji Allah kepada mereka yang bersedekah di bulan Ramadan
Yakinlah, janji Allah itu pasti bagi mereka yang memperbanyakkan sedekah di bulan Ramadan.
Pink Floyd hasilkan lagu demi kumpul dana buat Ukraine
Hasil jualan lagu itu akan disalurkan kepada dana bantuan kemanusiaan Ukraine.
'Hadiah paling bermakna' - Lelaki derma buah pinggang buat bapa
Pemindahan buah pinggang untuk ayahnya merupakan hadiah paling bermakna dan berharga yang pernah dia berikan kepada insan istimewa ini.