KUALA LUMPUR: Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) akan terus meningkatkan usaha untuk memperkenal dan memberikan pemahaman mengenai konsep Malaysia MADANI kepada rakyat, kata Timbalan Menteri berkenaan Teo Nie Ching.
Beliau berkata KKD menerusi Jabatan Penerangan (JaPen) telah melaksanakan 32 program 'Kita MADANI' dengan penglibatan 27,170 orang serta 2,848 program Jalinan Insan Wahana Aspirasi (JIWA ) di seluruh negara yang melibatkan 227,583 orang, meliputi semua kawasan parlimen termasuk 600 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN).
"Sebanyak 4,929 hebahan daripada program 'Info On Wheels' (IOW) meliputi 19,406 lokasi dan dianggarkan hebahan itu telah disampaikan kepada 1,151,872 pendengar," katanya ketika menggulung perbahasan usul Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-12 (KSP RMK12) bagi KKD di Dewan Negara hari ini.
Dalam pada itu, beliau berkata dari Januari hingga 24 Sept ini, Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) telah menghasilkan lebih 480 artikel berkaitan konsep Malaysia MADANI bagi memberi penjelasan yang lebih khusus kepada rakyat.
"Bagi Radio Televisyen Malaysia (RTM) pula, saluran TV1 telah menyiarkan 2,245 bahan penyiaran berkaitan Malaysia MADANI yang disiarkan melalui pesanan khidmat masyarakat (PSA), video pendek, promo serta kapsul manakala TV2 menyiarkan sebanyak 2,067 laporan dalam pelbagai format penyiaran termasuk kapsul, PSA dan promo," katanya.
Teo berkata TV Okey pula menyediakan sebanyak 2,728 laporan Malaysia MADANI dalam kapsul, PSA, video pendek dan promo.
Beliau berkata komitmen kerajaan dalam menyampaikan pemahaman kepada rakyat turut dilaksanakan dalam bentuk laporan berita, dengan RTM menyiarkan 772 laporan berita TV serta 969 laporan berita radio dari Januari hingga September ini.
Teo berkata Radio RTM juga menyiarkan 152 kapsul dengan purata kekerapan empat kali sehari atau purata siaran 608 kali sehari di semua 34 radio milik RTM termasuk stesen radio negeri dan daerah, selain 92 program temu bual.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Sep 26 2023
![KKD terus perkasa konsep 'Malaysia MADANI' - Teo KKD terus perkasa konsep 'Malaysia MADANI' - Teo](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/81686381321_TBTeoNieChing.jpg)
KKD akan terus meningkatkan usaha memperkenal dan memberikan pemahaman mengenai konsep Malaysia MADANI kepada rakyat, kata Teo Nie Ching (foto). -Gambar fail/Bernama
![Puteri Jordan sambut kelahiran anak pertama Puteri Jordan sambut kelahiran anak pertama](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739742893_PrincessAmina.jpg)
Puteri Jordan sambut kelahiran anak pertama
Pasangan itu menamakan bayi perempuan mereka, Aminat.
![Penampilan pertama kembar panda gergasi kelahiran Hong Kong, pukau pengunjung Penampilan pertama kembar panda gergasi kelahiran Hong Kong, pukau pengunjung](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739742765_giantpandatwincub.jpg)
Penampilan pertama kembar panda gergasi kelahiran Hong Kong, pukau pengunjung
Pelawat berlari ke tempat pameran yang menempatkan panda gergasi sebaik sahaja taman hiburan dibuka.
![Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739741013_DarrenLok.jpg)
Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang
Babak pertama menyaksikan Darren meletakkan Sabah di hadapan selepas menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-21.
![THT ubat kecewa, juarai MHL 2025 THT ubat kecewa, juarai MHL 2025](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739740841_TNBLigaHoki.jpg)
THT ubat kecewa, juarai MHL 2025
Kemenangan itu merupakan kali ketujuh buat THT, yang pernah menjuarai liga pada edisi 2014, 2015, 2016, 2018, 2022, dan 2023.
![Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739740057_HamidYusoff.jpg)
Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf
Projek itu dijalankan menerusi kaedah moden menggunakan sistem iMistroom 2.0 hasil inovasi Hamid bersama pasukannya.
![HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702567_KhairulAzwanHarun.jpg)
HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka
Khairul Azwan berkata ekspo yang dijadual berlangsung selama enam bulan bermula pertengahan April akan turut disertai pelbagai agensi kerajaan.
![Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739611701_AbangJohariTunOpe.jpg)
Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari
Katanya, Sarawak telah diiktiraf oleh Bank Dunia dan Ketua Audit Negara kerana berjaya menguruskan kewangannya dengan baik.
![RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702271_ShamsulAzri.jpg)
RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN
Ia sebahagian usaha kerajaan meningkatkan kedudukan Malaysia dalam CPI dengan menambah baik proses pentadbiran kerajaan secara menyeluruh.
![Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702372_MohdDusukiMokhtar.jpg)
Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat
Mohd Dusuki berkata, pihak Jabatan Peguam Negara amat berbesar hati kerana turut berpeluang terlibat dengan Projek Kampung Angkat MADANI.
![Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739707799_ResortPulauPetang.jpg)
Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang
KETENGAH kini di peringkat melantik kontraktor setelah peruntukan itu disalurkan pada akhir tahun lepas.
![MCMC turun 8,756 kandungan berkaitan buli siber tahun lepas - Teo MCMC turun 8,756 kandungan berkaitan buli siber tahun lepas - Teo](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/51736759998_TBNIECHING.jpg)
MCMC turun 8,756 kandungan berkaitan buli siber tahun lepas - Teo
MCMC menurunkan sebanyak 8,756 kandungan berkaitan buli siber sepanjang tahun lepas.
![IRC 2025 tekankan inovasi, kawal selia dalam era digital IRC 2025 tekankan inovasi, kawal selia dalam era digital](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/41736374194_TeoNieChingIRC.jpg)
IRC 2025 tekankan inovasi, kawal selia dalam era digital
IRC 2025 telah membuktikan bahawa kerjasama mampu menjadi pemangkin penciptaan masa depan yang selamat, inklusif dan mampan.
![JENDELA fasa dua dijangka dimulakan tahun ini - Teo JENDELA fasa dua dijangka dimulakan tahun ini - Teo](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/81725686953_tbTeoNieChing.jpg)
JENDELA fasa dua dijangka dimulakan tahun ini - Teo
Projek Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA) fasa kedua dijangka dimulakan tahun ini.
![100 penggiat industri disasar terima sumbangan Ziarah MADANI@Finas 100 penggiat industri disasar terima sumbangan Ziarah MADANI@Finas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/41735280467_TBTEONIECHING.jpg)
100 penggiat industri disasar terima sumbangan Ziarah MADANI@Finas
Sehingga kini, 48 penggiat industri menerima bantuan Ziarah Seni MADANI@Finas yang bertujuan meringankan beban warga seni yang memerlukan.
![Penyedia media sosial diminta segera mohon lesen operasi di Malaysia Penyedia media sosial diminta segera mohon lesen operasi di Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/71735280640_tbsmartphone.jpg)
Penyedia media sosial diminta segera mohon lesen operasi di Malaysia
Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching berkata tarikh akhir mengemukakan permohonan adalah sebelum atau pada 31 Dis.
![Tujuh lagi NADI akan beroperasi di Sabah tahun depan - Teo Tujuh lagi NADI akan beroperasi di Sabah tahun depan - Teo](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/41734700783_TeoNieChing.jpg)
Tujuh lagi NADI akan beroperasi di Sabah tahun depan - Teo
Tujuh Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) akan mula beroperasi di Sabah pada tahun depan, kata Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching.
![Bacaan kali kedua RUU Majlis Media Malaysia dijangka Februari 2025 Bacaan kali kedua RUU Majlis Media Malaysia dijangka Februari 2025](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/81734447815_TeoNiChing.jpg)
Bacaan kali kedua RUU Majlis Media Malaysia dijangka Februari 2025
Ia membuktikan komitmen kerajaan untuk memperkukuhkan industri media melalui sokongan terhadap standard kewartawanan dan profesionalisme.
![RUU Majlis Media Malaysia dibentang di Dewan Rakyat RUU Majlis Media Malaysia dibentang di Dewan Rakyat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/51729492982_TBTeoNieChing.jpg)
RUU Majlis Media Malaysia dibentang di Dewan Rakyat
RUU tersebut dibentangkan oleh Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching yang memaklumkan bacaan kali kedua akan dibuat pada mesyuarat akan datang.
![446 tapak stesen pemancar komunikasi diperkasakan seluruh negara 446 tapak stesen pemancar komunikasi diperkasakan seluruh negara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/51733486947_TeoNieChing.jpg)
446 tapak stesen pemancar komunikasi diperkasakan seluruh negara
Sebanyak 446 tapak stesen pemancar komunikasi telah diperkasakan (hardened) di seluruh negara oleh syarikat telekomunikasi di lokasi dikenal pasti berisiko tinggi dinaiki air.
![Kementerian Komunikasi pastikan rakyat nikmati impak peruntukan RM2.55 bilion Kementerian Komunikasi pastikan rakyat nikmati impak peruntukan RM2.55 bilion](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/81731413057_TeoNieChing.jpg)
Kementerian Komunikasi pastikan rakyat nikmati impak peruntukan RM2.55 bilion
Kementerian Komunikasi akan menggerakkan semua agensi di bawahnya untuk memastikan peruntukan sebanyak RM2.55 bilion dalam Belanjawan 2025 dapat dimanfaatkan sebaik mungkin.