PUTRAJAYA: Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) perlu melihat semula sistem dan prosedur, tatacara kerja dan governans lama yang boleh dibaiki, dalam usaha meningkatkan integriti jabatan dan agensi di bawahnya, kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Azam Baki.
Berucap pada Majlis Sambutan Hari Integriti peringkat KKD di sini hari ini, Azam berkata ia seiring dengan hasrat kerajaan untuk meningkatkan integriti dan mengurangkan elemen rasuah, serta memperbaiki aspek tatakelola dan governans.
"Banyak perkara kita boleh lihat di mana antara lain berkaitan undang-undang dan prosedur yang dah lama dan lapuk, perlu dikaji semula.
"Sebab itu, KKD antara juga kementerian dan jabatan yang perlu melihat kepada sistem, prosedur dan tatakerja serta governans lama, yang perlu dibaiki," katanya serta menambah SPRM bersedia untuk berbincang dengan kementerian dan agensi-agensi di bawah KKD, untuk mengatasi isu lapuk berkenaan.
Azam berkata kerajaan juga sedang berusaha untuk mewujudkan Strategi Pembanterasan Rasuah Nasional (NACS) iaitu kesinambungan kepada Pelan Antirasuah Nasional (NACP) 2019-2023.
"Pada masa akan datang, kita akan tingkatkan tata kelola dan juga governans, (dan) kita sedang merangka NACS," katanya sesi libat urus bagi mewujudkan NACS itu sedang dijalankan dan ia dijangka dilancarkan pada pertengahan tahun hadapan.
Anwar pada 6 Julai lepas menerusi ciapan Twitternya berkata kerajaan bersetuju untuk meneruskan kesinambungan NACP, dengan satu strategi baharu di peringkat nasional yang dikenali sebagai NACS.
Sementara itu, Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil yang turut menekankan amalan integriti dalam KKD berkata saranan Azam, akan disahut untuk dilakukan penambahbaikan dalam agensi di bawah KKD.
"Dengan ada sedikit penambahbaikan pada aspek tatakelola ini, saya harap ia juga dapat kurangkan perkara-perkara yang tidak patut berlaku," katanya.
Beliau turut mengingatkan untuk melaporkan terus kepadanya, sekiranya terdapat perbuatan salah guna kuasa dan rasuah dalam kalangan warga KKD agar tindakan wajar dapat diambil.
Terdahulu, Fahmi turut memimpin bacaan Ikrar Bebas Rasuah (IBR) warga KKD, disaksikan Azam.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Nov 07 2023
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Tan Sri Azam Baki ditemu bual pemberita selepas majlis sambutan Hari Integriti Kementerian Komunikasi dan Digital bertemakan "Integriti Citra Malaysia Madani", hari ini. - Foto BERNAMA
Kerajaan lulus RM60 juta untuk pelebaran LTSAS - Nga
Kerajaan meluluskan peruntukan sebanyak RM60 juta untuk tujuan projek pelebaran Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah (LTSAS) Ipoh.
[TERKINI] Dua lelaki Indonesia bantu hantar mangsa tembakan dikesan
Polis Selangor memburu dua lelaki warga Indonesia yang dipercayai menghantar tiga daripada empat pendatang asing tanpa izin (PATI) ke hospital di Serdang selepas cedera dalam tembakan di perairan Tanjung Rhu, Banting pada 24 Januari lalu.
Mangsa banjir yang 'degil' diseru berpindah segera - Uggah
Uggah berkata, ini kerana masih ada segelintir individu yang belum bersedia untuk berpindah ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) yang terdekat.
Menara kawalan trafik udara dilapor kekurangan kakitangan semasa nahas pesawat
Kekurangan kakitangan di menara kawalan trafik udara di Ronald Reagan Washington National Airport "tidak normal" semasa pelanggaran maut itu.
Laporan terkini situasi banjir di Pontianak bersama DWI NARDI / Ketua KOMPAS TV Biro Kalimantan
Selain wilayah perbatasan Indonesia-Malaysia di Kabupaten Sanggau, banjir besar yang berlaku di Kalimantan Barat juga menjejaskan beberapa kawasan sempadan lain termasuk di Jagoi Babang, Kabupaten Bengkayang.
Empat lokasi lebuhraya Pan Borneo dinaiki air
Menurut Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi. kesemua laluan Lebuhraya Pan Borneo di Sarawak tidak terputus walaupun empat lokasi dinaiki air.
Kemalangan: polis siasat pelampung gelongsor kena pengunjung di taman tema
Polis mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian tular melibatkan pelampung gelongsor yang tiba-tiba terjatuh dan menimpa seorang pengunjung di Sky City, Taman Tema I-City, Shah Alam, pada Rabu.
Bebas pinjaman dengan Simpan SSPN
PTPTN mengukuhkan agenda mengurangkan kebergergantungan masyarakat kepada pinjaman sekali gus meningkatkan akses kepada pendidikan tinggi.
Honda, Nissan umum pelan terperinci penggabungan pertengahan Februari
Mitsubishi Motors Corp, rakan kongsi Nissan, kini cenderung untuk bergerak sendiri dan tidak menyertai penggabungan.
AWANI Ringkas: PM ajak rakyat tumpu kemajuan, kepentingan negara
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
KKD sekat platform media sosial rosak moral masyarakat secara berterusan - Fahmi
KKD secara berterusan melaksanakan tindakan sekatan ke atas platform media sosial dengan kandungan atau paparan yang boleh mempengaruhi, menjejas serta merosakkan moral masyarakat.
Berbaki kurang 4 peratus untuk Malaysia capai sasaran liputan 5G - Fahmi
Rangkaian 5G di kawasan berpenduduk di Malaysia telah mencapai 76.1 peratus setakat 30 Nov lepas, kata Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil.
KKD bincangkan kerjasama hasilkan filem Malaysia mengenai kesedaran tentang penipuan
Timbalan Menteri berkenaan Teo Nie Ching berkata filem seperti itu dijangka diterbitkan oleh pengeluar filem tempatan yang akan bekerjasama dengan Finas dan PDRM.
Program Solidariti Palestin, manifestasi sokongan KKD terhadap rakyat Palestin
Penasihat PCKKD berbangga dengan penganjuran program julung kali diadakan dan berharap inisiatif itu turut menjadi contoh kepada agensi lain.
KKD panggil penyedia aplikasi media sosial bincang isu iklan jelik
Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) akan memanggil beberapa penyedia aplikasi media sosial bagi berbincang berhubung isu kandungan iklan jelik di platform yang terlibat.
KKD teliti guna teknologi satelit sebagai menara telekomunikasi
Fahmi Fadzil berkata sekiranya teknologi itu dapat dilaksanakan dengan kerjasama syarikat telekomunikasi, dasar "di mana ada jalan, di situ ada Internet" dapat dicapai dan dilaksanakan dengan baik.
Kerajaan kaji keperluan lesen penyedia platform besar Google, Meta, TikTok
Kerajaan masih mengkaji keperluan untuk melesenkan atau mendaftarkan penyedia platform besar seperti Google, Meta dan TikTok.
Pendapatan iklan: Organisasi media jadi teraju, KKD sedia bantu
Organisasi media Malaysia boleh menerajui perkongsian pendapatan pengiklanan dengan platform media sosial global dan Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) bersedia untuk membantu.
22 syarikat produksi terima insentif tayangan filem hampir RM2 juta
ITFC merupakan inisiatif KKD melalui Finas bagi membantu dan menggalakkan penerbit filem menghasilkan filem cereka tempatan.
Isu kandungan berkaitan Palestin diturunkan: Fahmi jumpa wakil TikTok, Meta
Pertemuan itu adalah bagi membincangkan isu melibatkan kawal selia kandungan.