KUALA LUMPUR: Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) komited membantu Sabah dalam perkara yang berkaitan penyiaran dan jaringan internet.
Menterinya Fahmi Fadzil berkata perkara itu telah dibincangkan bersama Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif, semasa kunjungan hormat Mohd Arifin bersama delegasi kementerian itu ke pejabatnya di Angkasapuri, hari ini.
Menerusi catatan di Facebook, Fahmi berkata selain itu, beliau turut berkongsi mengenai tiga tumpuan utama KKD yang perlu dicapai pada tahun ini, iaitu pemantapan prasarana komunikasi, keselamatan siber dan pelaburan ekonomi digital.
Pada 20 Jan lepas, Fahmi semasa sidang akhbar Mesyuarat Kerja Pelan Strategik KKD 2023-2025 dan Agenda KKD 2023 di Melaka memaklumkan, aspek prasarana akan melibatkan akses internet dan perkhidmatan telekomunikasi, sementara aspek keselamatan membabitkan data serta siber.
Beliau berkata tumpuan terhadap pelaburan digital pula dijangka dapat memacu pertumbuhan ekonomi negara pascapandemik sekali gus menjadikan negara ini sebagai hab digital di rantau ASEAN.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Feb 16 2023
Fahmi berkata selain itu, beliau turut berkongsi mengenai tiga tumpuan utama KKD yang perlu dicapai pada tahun ini, iaitu pemantapan prasarana komunikasi, keselamatan siber dan pelaburan ekonomi digital. - Gambar fail/BERNAMA
Kanak-kanak sembilan tahun antara enam tercedera dirempuh teksi
Menurut jurucakap Jabatan Polis New York (NYPD), dua orang termasuk kanak-kanak lelaki itu dibawa ke Weill Cornell Medical Center, seorang lagi dibawa ke Bellevue Hospital manakala 3 mangsa yang lain menolak rawatan perubatan.
Peguam pertahankan perintah darurat Yoon Suk Yeol
Dalam satu sidang media pada Khamis, Yoo Seung Soo dan Rhee Ha Sang menyatakan langkah tersebut wajar dilaksanakan untuk memberi amaran mengenai penyalahgunaan proses demokrasi oleh parti pembangkang.
Bekas Datuk Bandar Taipei didakwa tuduhan rasuah dan salah guna kuasa
Ko Wen-Je yang menjadi datuk bandar dari 2014 hingga 2022 dibawa ke Pejabat Pendakwa Raya daerah Taipei, Taiwan bersama suspek lain dan diiringi sekumpulan pegawai polis ke dalam bangunan.
Pembangkang kemuka usul pecat Han Duck Soo, undi ditetapkan Jumaat
Usul itu dikemukakan oleh parti pembangkang utama, Parti Demokratik (DP) sejurus selepas Han menyatakan bahawa beliau tidak akan melantik tiga hakim untuk mengisi jawatan di Mahkamah Perlembagaan yang sedang meneliti kes pemecatan Presiden Yoon Suk Yeol.
Tiada rakyat dipinggirkan, kesejahteraan rakyat jadi tunjang - PM
Kerajaan MADANI akan terus bekerja untuk membina masa depan Malaysia yang lebih terangkum dan gemilang, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Kastam rampas rokok dan minuman keras bernilai lebih RM1.6 juta
Jabatan Kastam Diraja Malaysia berjaya menumpaskan aktiviti penyeludupan rokok dan minuman keras bernilai lebih RM1.6 juta dalam tiga serbuan berasingan di Johor dan Selangor.
Lebih 50,000 pelarian Syria pulang dari negara jiran dalam tempoh 3 minggu - PBB
Pesuruhjaya Tinggi PBB bagi Pelarian berkata, bilangan pelarian Syria yang kembali ke kediaman mereka meningkat perlahan-lahan.
Sita, lucut hak kenderaan perdagangan gagal patuhi peraturan
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan menyita dan lucut hak kenderaan yang gagal mematuhi peraturan di bawah Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 (Akta 715) dan kaedah-kaedah di bawahnya menerusi operasi khas ‘Gempur Teknikal’ di seluruh negara.
Kimchi, Yogurt buatan Malaysia jadi sumber pendapatan ibu tunggal
Naib Presiden Kanan Bahagian sokongan Industri Bioeconomy Corporation Sdn Bhd (Bioeconomy Corporation), Nora Mohamed berkata, setakat ini, seramai 35 ibu tunggal telah diberi tunjuk ajar menghasilkan dua produk makanan itu.
Bapa dakwa bayi jatuh akibat kecuaian hospital
Seorang bapa mendakwa kakitangan sebuah hospital di Kuala Terengganu cuai sehingga mengakibatkan bayi sulungnya yang baru berusia dua hari jatuh dari atas katil bayi.
Mohd Syarifuddin Manan mendakwa, susulan kejadian itu, anaknya sering diserang sawan.
Mohd Syarifuddin Manan mendakwa, susulan kejadian itu, anaknya sering diserang sawan.
Kerjasama rentas agensi tangani ekstremisme - Fahmi
Fahmi Fadzil berkata, perkara itu dilihat membimbangkan, terutama dengan insiden yang berlaku termasuk remaja yang cuba menikam seorang pemandu e-hailing baru-baru ini.
Pendapatan iklan: Organisasi media jadi teraju, KKD sedia bantu
Organisasi media Malaysia boleh menerajui perkongsian pendapatan pengiklanan dengan platform media sosial global dan Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) bersedia untuk membantu.
Liputan 5G di Malaysia kini 73 peratus - Fahmi
Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil berkata capaian rangkaian 5G di Malaysia kini ialah 73 peratus dan beliau yakin sasaran 80 peratus mampu dicapai menjelang akhir tahun 2023.
Program OKU Celik Digital pastikan tiada golongan terpinggir - Fahmi
Program Pemerkasaan OKU Celik Digital adalah salah satu usaha kerajaan untuk menghubungkan komuniti OKU dengan agensi kerajaan.
KKD bincang dengan agensi, kementerian berkaitan kawal selia TikTok Shop
Kementerian Komunikasi dan Digital akan mengadakan perbincangan dengan agensi dan kementerian berkaitan berkenaan aspek kawal selia di TikTok Shop.
Fahmi azam mahu pastikan tiada pemberhentian kerja dalam kalangan pengamal media
Fahmi meletakkan azam mahu memastikan tiada pemberhentian kerja berlaku dalam kalangan pengamal media selama beliau menggalas tanggungjawab selaku peneraju kementerian itu.
Sembilan lokasi dipasang Starlink di Sabah Januari tahun depan - Fahmi
Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) akan memasang unit peranti satelit Starlink fasa dua di Sabah seawal Januari tahun depan.
Pertumbuhan pesat pusat data mampu jadikan Malaysia 'Harimau Digital Asia' - Nie Ching
Malaysia berupaya menjadi "Harimau Digital Asia" berikutan pelaburan besar dan kerjasama dengan organisasi yang dihormati yang akan menjadikan negara sebagai hab data besar seterusnya.
Pengharmonian spektrum antara wilayah dan negara, penggerak penting ekonomi digital - Fahmi
Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil berkata penyelarasan (pengharmonian) itu juga akan memacu pertumbuhan ekonomi dalam era digital.
Beberapa syarikat permainan video antarabangsa berpotensi bertapak di Malaysia - Fahmi
Kementerian Komunikasi dan Digital telah mengenal pasti beberapa syarikat permainan video antarabangsa yang berpotensi untuk bertapak di negara ini.