KJ, Fathul Bahri minta Jakim ambil tindakan ke atas "Raja Bomoh"

Astro Awani
Mac 12, 2014 20:13 MYT
Bomoh Ibrahim Mat Zin yang menggunakan ‘permaidani ajaib’ untuk kononnya membantu mengesan pesawat Malaysia Airlines MH370 yang hilang, patut ditahan oleh pihak berkuasa.
Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin di dalam akaun Twitternya berkata upacara ritual bomoh itu memalukan.

Somebody should arrest those magic carpet bomohs. Memalukan.

— Khairy Jamaluddin (@Khairykj) March 12, 2014
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Turut bersetuju dengan Khairy adalah Pengerusi Sekretariat Ulama Malaysia (Ilmu), Fathul Bari Mat Jahaya.
Beliau mahu pihak berkuasa agama Islam di negara ini mengambil tindakan terhadap amalan berunsur syirik yang dilakukan oleh segelintir pihak kononnya untuk membantu mencari pesawat Malaysia Airlines yang hilang sejak Sabtu lalu.
Katanya, amalan itu bukan saja mencemar nama baik umat Islam di negara ini keseluruhannya tetapi menjejaskan juga imej negara kerana dilakukan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) yang jadi pintu keluar masuk negara.
"Kita bukan hendak menghukum semua bomoh. Jampi bukan tidak ada dalam Islam, ada. Tetapi ruqyah atau jampi dalam Islam hanya dengan membaca Al-Quran saja.
"Dalam Islam, kita berdoa memohon pertolongan kepada Allah," kata Fathul Bahri kepada Astro AWANI.
Beliau mengulas kenyataannya di Twitter yang meminta Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) memandang serius penglibatan bomoh-bomoh dalam mencari MH370.

Mohon JAKIM mmandang srius isu pnglibatn bomoh2 dlm mncari MH370 pelbagai versi;tikar trbang zam2 ala kazam,labu,kelapa,tropong,bubu etc.

— Fathul Bari (@ustazfathulbari) March 12, 2014
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Orang ramai yang berada di KLIA pada Ahad lalu gempar dengan kemunculan Ibrahim Mat Zain yang mendakwa dirinya Raja Bomoh Sedunia Nujum VIP yang kononnya boleh menunjukkan tempat pesawat Malaysia Airlines yang hilang itu berada. Beliau ketika itu membawa apa yang dipanggilnya bubu mata pancing dan teropong buluh.
Ibrahim hari ini datang untuk kali kedua KLIA menyambung upacaranya dengan menggunakan apa yang beliau dakwa air zam-zam, dua biji kelapa serta sebatang tongkat dan hamparan. Beliau juga juga menjelaskan apa yang dilakukannya ini adalah inisiatifnya sendiri.
Sementara itu, jaringan sosial Twitter heboh dengan tingkah-laku 'bomoh VIP' itu.

aku percaya dengan benda ghaib. ilmu hitam/santau tu semua wujud. tapi bomoh yg kat KLIA ni dah terang2 mencari perhatian je sebenarnya.

— Khairil Anuar (@KhairilAnuar) March 12, 2014
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Teropong sudah diguna, tikar terbang sudah diguna, kalau lepas ni bomoh ni guna harmonica pula. Confirm2 dorang ni peminat Laksamana Doremi.

— ShahrinSelamat (@renokovic) March 12, 2014
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Bomoh-bomoh nusantara yang lain tak marah ke kat bomoh yang mengaku Raja Bomoh Sedunia? #bakorkitabakor

— Puspawati Rosman (@pusparos) March 12, 2014
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

We might need to import bomoh siam, they are more powerful.

— Izham Ismail (@IzhamIsmail) March 12, 2014
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Kehebatan bomoh ni terletak pada huruf m. Kalau kita tukarkan huruf m jadi huruf d, maka jadilah bodoh.

— (@piargh) March 12, 2014
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#bomoh #KLIA #Malaysia Airlines #MH370 #Raja Bomoh
;