KJ buat lawatan mengejut, Klinik Kesihatan Dengkil dapat bangunan baharu

Afiezy Azaman
September 29, 2022 03:51 MYT
Khairy kelihatan menyantuni orang ramai di Klinik Kesihatan Dengkil ketika mengadakan lawatan mengejut ke fasiliti itu hari ini. - Foto Twitter Khairy Jamaluddin
KUALA LUMPUR: Khairy Jamaluddin Abu Bakar mengadakan lawatan dan pemeriksaan mengejut ke Klinik Kesihatan Dengkil di Sepang, Selangor, hari ini.
Susulan itu, Menteri Kesihatan itu mengumumkan keputusan menambah bangunan baharu untuk fasiliti kesihatan itu serta beberapa peralatan lain.
Katanya, walaupun klinik itu memberikan perkhidmatan yang baik, kawasan itu masih sesak dan pesakit perlu menunggu lama untuk berjumpa doktor serta berdepan masalah kekurangan tempat letak kereta.
"Walaupun perkhidmatan diberi baik tetapi kawasan sesak, waktu menunggu lama dan parking tak cukup.
"Saya telah meluluskan segera penambahan bangunan untuk klinik ibu dan anak, mesin ultrasound dan biochem.
"Banyak pelaburan diperlukan untuk meningkatkan kesihatan primer," katanya melalui ciapan di Twitter.

Spot check KK Dengkil. Walaupun perkhidmatan diberi baik tapi kawasan sesak, waktu menunggu lama & parking tak cukup. Saya meluluskan segera extension bangunan untuk klinik ibu & anak, mesin ultrasound & biochem. Banyak pelaburan diperlukan untuk kesihatan primer. pic.twitter.com/tF6I3rrjrG

— Khairy Jamaluddin (@Khairykj) September 29, 2022
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Selain itu, beliau turut menyatakan bersetuju dengan cadangan bahawa Dengkil memerlukan klinik kesihatan yang baharu.
"Extension bangunan cuma penyelesaian jangka pendek. Permohonan untuk klinik kesihatan baharu akan dibuat juga," tambahnya.

Setuju Dengkil perlu ada KK baharu. Extension bangunan cuma penyelesaian jangka pendek. KK baharu akan dimohon jua. Seminggu dua lagi akan ada berita baik bagi warga Cyberjaya.

— Khairy Jamaluddin (@Khairykj) September 29, 2022
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Melalui beberapa gambar dikongsikan Khairy, beliau turut sempat menyapa dan bersembang dengan orang ramai yang berada di klinik berkenaan.
Khairy turut dilihat memasuki bahagian ruangan pejabat dan kaunter klinik tersebut.
Sejak menjadi Menteri Kesihatan, Khairy biasa melakukan lawatan mengejut di fasiliti kesihatan termasuk hospital.
#Khairy Jamaluddin #Klinik Kesihatan Dengkil #lawatan mengejut #klinik baharu