#KitaReset: Bukan hanya kelemahan, tabiat buruk seperti rasuah perlu diubah - Anas Zubedy

Astro Awani
Disember 31, 2021 14:37 MYT
Pengarah Urusan Anas Zubedy M Sdn Bhd itu pada masa sama akui, Malaysia mempunyai pelbagai kekuatan yang boleh digembleng, selain kelemahan yang boleh diatasi dengan sebaiknya. - Foto fail
KUALA LUMPUR: Perubahan atau reset kepada negara ini bukan hanya perlu dilihat dari sudut kelebihan dan kekurangan sahaja.
Sebaliknya, tabiat buruk menjadi antara perkata terpenting yang perlu dinilai dalam melakukan proses perubahan.
Itu pandangan yang dilontarkan Anas Zubedy yang mengaitkan isu rasuah sebagai antara tabiat buruk yang perlu diubah.
"Perkara yang bahaya adalah tabiat buruk di mana tabiat buruk ini sebagai contoh rasuah.
"Contohnya ada peruntukan RM1 bilion, tetapi yang sampai hanya setengah bilion sahaja.
"Perkara ini yang harus kita lihat dan mendapatkan maklum balas sekali gus mencari cara bagaimana kita boleh perbaiki negara dan rakyat Malaysia," katanya ketika ditemu bual Astro AWANI hari ini.
#KitaReset | Renungan untuk bangkit semula
Pengarah Urusan Anas Zubedy M Sdn Bhd itu pada masa sama akui, Malaysia mempunyai pelbagai kekuatan yang boleh digembleng, selain kelemahan yang boleh diatasi dengan sebaiknya.
"Mungkin kekuatan kita di Malaysia adalah kalau ada bencana contohnya banjir, kerajaan kita boleh peruntukkan banyak duit untuk tolong mangsa-mangsa banjir.
"Contohnya, Perdana Menteri boleh mengumumkan satu jumlah dana tertentu seperti RM1 bilion untuk tolong mangsa-mangsa banjir ini.
"Itu antara kekuatan kita di Malaysia iaitu masih ada peluang untuk mencari dana.
"Kelemahan kita mungkin dari segi mengimplimentasi...kadang-kadang ia (penyaluran dana) mengambil masa, tetapi itu boleh diperbaiki," katanya.
#Anas Zubedy #Rasuah #KitaReset #tahun baharu
;