#KitaLawan: Timbalan Presiden PAS, Mat Sabu ditahan

Astro Awani
Mac 28, 2015 05:16 MYT
Mat Sabu merupakan individu yang terbaharu ditangkap berhubung perhimpunan #KitaLawan.
Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu telah ditahan polis awal Sabtu di sebuah restoran di Pulau Pinang.
Beliau merupakan individu yang terbaharu ditangkap berhubung perhimpunan #KitaLawan yang telah diadakan bagi menuntut pembebesan Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Menurut Ahli Parlimen PAS-Parit Buntar, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa, selepas ditahan Mat Sabu telah dibawa ke Balai Polis Seberang Jaya.

Mat sabu kena tahan sekarang di Balai Polis Seberangjaya. Kami disini utknsampaikan ubat. Kami x dpt jumpa dgn beliau

— Mujahid Yusof Rawa (@mparitbuntar) March 27, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Baru berapa minit 3 kereta polis bawa Mat Sabu keluar dari balai polis seberangjaya. Kami x tahu kemana tp berjaya serah ubatan dan pakaian

— Mujahid Yusof Rawa (@mparitbuntar) March 27, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Sebelum itu, aktivis Hishamuddin Md Rais turut ditahan di Dataran Merdeka sementara Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tian Chua dipanggil sempena demonstrasi duduk bantah #KitaLawan di lokasi berkenaan.
Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil berkata, kedua-duanya kini berada di Ibu Pejabat Polis Dang Wangi untuk soal siasat.
"Kemungkinan besar mereka berdua akan ditahan malam ini," katanya kepada Astro AWANI.
Pada Khamis, enam individu ditangkap polis sempena demonstrasi duduk bantah #KitaLawan di Dataran Merdeka.
Mereka termasuk Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Teja, Chang Lih Kang dan Adun Simpang Pulai, Tan Kar Hing.
Menurut kenyataan PKR pada Jumaat, enam individu berkenaan termasuk dua ADUN PKR, ditahan mengikut Seksyen 186 (menghalang penjawat awam dari melaksanakan tugas) dan 353 (mengguna kekerasan jenayah bagi menakutkan penjawat awam daripada melaksanakan tugas) Kanun Keseksaan.
#kitalawan #Mat Sabu #Mohamad Sabu #PAS #perhimpunan #polis