KITA PRIHATIN: Penternak tiram di Tuaran nikmati faedah

Hasimi Muhamad
September 25, 2020 14:40 MYT
Mohd Redzuan melawat kawasan penternakan tiram di Tuaran, Sabah hari ini. - Foto Astro AWANI
Penternakan tiram antara sektor yang memberi sumbangan besar kepada pembangunan ekonomi masyarakat setempat di Tuaran, Sabah.
Bagaimanapun, penternak makanan laut itu yang terdiri daripada golongan berpendapatan rendah (B40) turut berdepan cabaran sebelum dapat menikmati hasil jualan tiram.
Penternak tiram, Jeman Jemiar, 48, berkata Pakej Kerangka Inisiatif Tambahan Khas: KITA PRIHATIN meringankan beban mereka terutamanya ketika musim tengkujuh.
“Boleh ringankan beban sebab sekarang susah nak dapat pasaran tiram, ikan atau hasil nelayan.
“Sebab melalui PRIHATIN (Bantuan Prihatin Nasional) kami dapat RM1,600, dan mungkin bulan ada lagi,” katanya ketika ditemui di sini. pada Jumaat.
Sementara itu, Ketua Kumpulan Peserta Ternakan Tiram Tuaran, Faizal Mejait, 39, berkata pengumuman Geran Khas Prihatin 2.0 (GKP) sebanyak RM3,000 dapat memperkasakan pengusaha tiram secara kecil-kecilan.
“Dengan adanya Geran Khas Prihatin ini kami dapat mempertingkatkan lagi keluaran tiram dan memperluaskan (kawasan ternakan tiram. Ia (bantuan) dapat membantu lah,” tambahnya.
Dalam pada itu, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas), Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof berkata, sektor penternakan tiram mempunyai potensi besar untuk dikembangkan di negara ini.
Justeru, beliau berkata pihaknya komited membantu penternak tiram termasuk memudahkan bantuan Geran Khas Prihatin kepada pengusaha yang layak.
“Bantuan PRIHATIN kita pasti akan bagi untuk di tempat lain Teraju (Unit Peneraju Agenda Bumiputera) ada membantu untuk melestarilan kedudukan mereka dalam sektot usahawan.
“Contohnya, kita ada memberi bantuan PRIHATIN RM3,009 setiap peserta untuk memastikan ruan perniagaan itu lebih lestari dalam fasa kira menghadapi pandemik COVID-19,” katanya.
BACA SEMUA MENGENAI PRN SABAH 2020 DI SINI
Sebanyak lima hektar kawasan penternakan tiram di Kampung Peningbawan, di sini telah diluluskan menerusi Program Dana Pembangunan Usahawan Bumiputera (DPUB) Sabah.
Pasaran tiram dijangka memberi keuntungan besar kepada penternak selepas harga produk laut itu dianggarkan meningkat kepada RM20 sekilogram atau antara RM3 hingga RM5 sebiji
#COVID-19 #KITA PRIHATIN #Pakej Kerangka Inisiatif Tambahan Khas #Pilihan Raya Sabah 2020 #PRIHATIN #PRN Sabah 2020 #Sabah Memilih #Teraju #Unit Peneraju Agenda Bumiputera
;