'Kita bukan sesiapa tanpa Allah' - Faizal Tahir saran Najib muhasabah
Atiqah Ismail
Mei 17, 2018 06:10 MYT
Mei 17, 2018 06:10 MYT
Susulan pelbagai dakwaan skandal dikaitkan dengan bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, penyanyi dan komposer terkenal Faizal Tahir berharap dan mendoakan beliau sentiasa berada dalam bimbingan Tuhan.
“Semoga Allah membimbing kamu, Datuk Seri.
“Dalam diri setiap individu pasti ada nilai kebaikan dan sudah pasti kamu juga ada sisi kebaikan itu.
“Bagaimanapun, kita juga memerlukan ruang untuk bermuhasabah dengan apa yang kita sudah lakukan dalam hidup. Kamu sudah pun menjalankan peranan kamu sebelum ini,” kata Faizal.
Penyanyi lagu "Sejati" itu membuat luahan tersebut dalam satu ruang komen gambar di akaun peribadi Najib yang menunjukkan bekas pemimpin nombor satu negara itu sedang menunaikan solat tarawih di Masjid Kampung Baru semalam.
“Marilah kita sama-sama beringat, tiada siapa di muka bumi ini yang sempurna, terutamanya diri saya.
“Allah sentiasa ada untuk memaafkan hamba-Nya. Kerana pada akhirnya, kamu bukan sesiapa tanpa Allah SWT. Doa saya mengiringi Datuk Seri,” tambah Faizal.
#Faizal Tahir
#Instagram
#kita bukan sesiapa tanpa Allah
#komposer
#Masjid Kampung Baru
#muhasabah
#Najib Razak
#penyanyi
#solat terawih