Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang disifatkan tidak mempunyai pemikiran positif yang mampu menjana pembangunan negara dan rakyat berbilang kaum di negara ini.
Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee berkata, Kit Siang selama ini hanya melihat apa apa sahaja berkaitan kerajaan Barisan Nasional (BN) terutama UMNO dengan penuh prejudis dan berat sebelah.
"Dalam kotak pemikirannya bersarang dengan perasaan dendam kepada UMNO, orang Melayu, persespsi negatif dan menebal dengan fahaman politik rasis.
"Kit Siang begitu mudah membuat tuduhan tidak berasas terhadap usaha kerajaan dan UMNO membangunkan rakyat dan mengurus tadbir negara ini," katanya dalam catatan terbaharu blog http://umnobahagiancheras.blogspot.com/.
Kit Siang dalam satu kenyataan pada Jumaat memberitahu BN dan UMNO dilihat mahu negara terjerumus menjadi sebuah negara yang gagal dengan melantik seorang 'boneka' menjadi Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM).
Tambah Kit Siang, pelantikan boneka UMNO menjadi pengerusi SKMM bukan sahaja akan diperkudakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan menteri yang bertanggungjawab, tetapi juga akan diperkudakan Utusan Malaysia dan pihak-pihak berkepentingan dalam UMNO sendiri.
Tegas Syed Ali, Lim Kit Siang sepatutnya terlebih dahulu membetulkan kepincangan dan kelemahan pentadbiran negeri-negeri dikuasai pembangkang terutama Pulau Pinang yang gagal membawa pembangunan untuk rakyat.
"Apakah selama lebih 50 tahun BN dan UMNO tidak mentadbir negara ini dengan baik, sedangkan pelbagai kaum termasuk orang Cina turut menikmati manfaat daripada kemajuan tersebut?," katanya.
Jelasnya, perlantikan mana-mana pegawai kerajaan atau individu menerajui sesuaatu agensi dibuat berasaskan kepada kelayakan dan kemampuan untuk menjana perubahan yang mampu dikongsi bersama oleh rakyat keseluruhannya.
"Tidak timbul isu lantikan seseorang pengerusi atau mereka yang layak menerajui sesuatu badan atau agensi kerajaan dibuat kerana berkepentingan atau sekadar dijadikan boneka.
"DAP jangan ingat pemimpin UMNO tidak ada fikiran, kita akan bersuara jika terbukti ada sebarang salah laku, malah UMNO akan tampil ke depan jika wujud sebarang penyalahgunaan kuasa," tegasnya.
Menurut Syed Ali lagi, Ahli Parlimen DAP Gelang Patah itu sengaja mencetuskan isu yang sebenarnya 'bukan isu' berhubung perlantikan pengerusi baru SKMM berikutan penamatan jawatan Datuk Mohamed Sharuil Tarmizi akhir tahun lalu.
"Penamatan jawatan Pengerusi SKMM merupakan perkara biasa dan penggantinya pula akan dipilih oleh kerajaan berdasarkan kelayakan dan kesesuaian dengan jawatan tersebut.
"Ia proses biasa dan bukannya isu besar, pertukaran dan perlantikan pegawai baru merupakan amalan biasa di mana-mana jabatan atau kementerian, seperti juga berlaku di Selangor apabila Mohamad Azmin Ali dilantik sebagai Menteri Besar," tegasnya.
Jelasnya, Kit Siang juga diminta tidak membuat andaian negatif dengan melemparkan tuduhan tidak berasas kononnya pengerusi yang bakal dilantik mengetuai SKMM itu boneka UMNO.
"Inilah akibnatnya apabila di dalam fikiran bersarang perasaan buruk sangka, tidak bersih dan berserabut dengan permainan politik rasis," tegasnya.
Astro Awani
Sun Jan 11 2015
![Kit Siang, kamu jangan prejudis kepada orang Melayu - Syed Ali Kit Siang, kamu jangan prejudis kepada orang Melayu - Syed Ali](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2014-12/61418098518_295x200.jpg)
SYED ALI: Kit Siang, kamu jangan prejudis kepada orang Melayu - Gambar fail
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Saya tak fitnah Guan Eng, cuma jelaskan siasatan SPRM - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary
KPT alu-alukan dapatan, cadangan PAC - Zambry
Ini termasuklah cadangan pelaksanaan Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024 kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
![Tahap kesihatan Ali XPDC 'pelik tapi benar' Tahap kesihatan Ali XPDC 'pelik tapi benar'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/61705223332_TBXPDC.jpg)
Tahap kesihatan Ali XPDC 'pelik tapi benar'
Serangan strok tidak melemahkan semangat Ali yang kelihatan kembali bangkit berjuang dalam industri muzik tanah air.
![Pelawak Abam Bocey meninggal dunia Pelawak Abam Bocey meninggal dunia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-02/81581299381_TBSAVENAMEx.jpg)
Pelawak Abam Bocey meninggal dunia
Hidayah memberitahu Allahyarham demam dan mengadu kurang sihat sejak dua hari lalu.
![TAMANZ tersingkir kerana perbezaan tipis, ini markah penuh minggu keenam Muzikal Lawak Superstar TAMANZ tersingkir kerana perbezaan tipis, ini markah penuh minggu keenam Muzikal Lawak Superstar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2019-08/71564819202_tamanz.jpg)
TAMANZ tersingkir kerana perbezaan tipis, ini markah penuh minggu keenam Muzikal Lawak Superstar
Mungkin tiada rezeki buat Tamanz...
![Kelab peminat bukan sekadar kumpulan sorak Kelab peminat bukan sekadar kumpulan sorak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-04/51523691043_MesraHome.jpg)
Kelab peminat bukan sekadar kumpulan sorak
Kelab peminat 'Ali Ola Bola' ini serius jalankan tanggungjawab sosial, yang diharap mampu menyemai nilai murni dalam kalangan anggotanya.
![Fatimah dan Ali terus cuit hati netizen, 'gapoever' trending di laman sosial Fatimah dan Ali terus cuit hati netizen, 'gapoever' trending di laman sosial](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-02/51518517764_thefamilyuk.jpg)
Fatimah dan Ali terus cuit hati netizen, 'gapoever' trending di laman sosial
Keletah dua beradik ini mencuit hati dan penggunaan perkataan 'gapoever' undang gelak ketawa netizen.