Kit Bersih tidak melanggar undang-undang - KPN
Nuradilla Noorazam
November 4, 2016 21:24 MYT
November 4, 2016 21:24 MYT
Kit demonstrasi yang dilancarkan sempena Perhimpunan Bersih 5 pada Jumaat tidak melanggar sebarang undang-undang.
Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata demikian ketika ditanya Astro AWANI mengenai kit demonstrasi yang kini dijual pada kadar RM40 setiap satu itu.
Kit demonstrasi tersebut mengandungi satu beg, tuala muka, baju hujan pakai buang, bendera kecil dan tali kad nama dan sebuah ‘powerbank’.
Pegawai Bersih dan penulis, Chan Tsu Chong berkata Bersih hanya menawarkan 200 kit demonstrasi bagi tujuan mengumpul dana.
Jelasnya sebagai sebuah organisasi bukan kerajaan, mereka harus menggunakan cara-cara kreatif bagi menjana pendapatan untuk meneruskan operasi.