KUALA LUMPUR: "Cari setiap rumah yang mengibarkan 'bendera putih' dan beri bantuan sewajarnya kepada mereka".
Itulah titah Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah kepada Setiausaha Sulit Kanan baginda Datuk Nazim Mohd Alim ketika rakyat begitu terdesak sehingga terpaksa mengibarkan bendera putih di hadapan rumah sebagai tanda mereka amat memerlukan bantuan ketika pandemik COVID-19 melanda negara.
Situasi ini hanyalah secebis daripada bukti kisah keluhuran hati Al-Sultan Abdullah.
Menurut Nazim, keperibadian mulia Seri Paduka yang "pantang" melihat rakyatnya berada dalam kesusahan terutama semasa darurat kesihatan ketika itu, hakikatnya tidak hanya meninggalkan kesan kepada penerima bantuan, tetapi juga petugas Istana Negara yang turut mengagumi sahsiah baginda.
Secara peribadi, Nazim berkata pengalaman menyampaikan bantuan kepada golongan memerlukan semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat COVID-19, antara paling berbekas dalam dirinya sepanjang lima tahun bekerja dengan Al-Sultan Abdullah.
"Tuanku suruh saya kira ada berapa bendera putih di Kuala Lumpur. Kemudian, saya beritahu Ketua Polis Kuala Lumpur untuk bantu saya, jadi kita pecahkan kepada Ketua Balai Polis untuk kira. Apa kita buat, (ialah) kita hantar bantuan (dan) bantuan itu datang daripada duit Tuanku sendiri," katanya dalam temu bual dengan Bernama.
Berkhidmat dengan Al-Sultan Abdullah sejak 2018, Nazim tidak hanya bertanggungjawab mengurus jadual dan program pertemuan menghadap Yang di-Pertuan Agong serta surat-menyurat Istana Negara, bahkan turut berperanan menjadi penyiasat, perantara dan penyampai kepada Seri Paduka.
Kepelbagaian tugasnya itu membolehkan beliau melihat sendiri keikhlasan baginda dalam menghulurkan bantuan tanpa mengira masa, selain menyifatkan Seri Paduka memiliki hati yang sangat baik sehingga membuatkan rakyat berasa begitu dekat dengan baginda.
Tidak hanya kisah bendera putih, mungkin ramai yang masih mengingati momen Al-Sultan Abdullah bersama Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah meredah banjir dalam misi bantuan di Pahang, bertanya khabar mangsa kemalangan dan menghulurkan pertolongan kepada mangsa bencana.
"Baginda seorang yang baik hati. Malah, sampai sekarang Tuanku tidak menerima satu sen pun gaji sepanjang lima tahun Tuanku dan Raja Permaisuri Agong (bertakhta, bahkan) memulangkan semula gajinya, baginda tidak terima," katanya yang mula bekerja di Istana Negara sebagai pembuat teks ucapan.
Hakikatnya, keluruhan hati Seri Paduka dalam membantu mereka yang memerlukan turut dirasai sendiri Nazim apabila Al-Sultan Abdullah mempelawanya untuk mengerjakan umrah pada 2019 bagi memohon kesembuhan buat anak perempuannya yang sakit.
Mungkin pelawaan itu dianggap kecil bagi sesetengah pihak, namun bagi Nazim, ia merupakan sesuatu yang sangat bermakna buat dirinya yang ketika itu berada dalam kesedihan kerana risaukan keadaan kesihatan anaknya itu.
"Ketika berada di hadapan kaabah, Tuanku datang kepada saya dan bertanya sama ada saya sudah berdoa untuk anak atau tidak, saya jawab sudah. Kemudian, Tuanku memberitahu itulah antara tujuan baginda membawa saya mengerjakan umrah iaitu untuk berdoa bagi kesihatan anak," katanya sambil meluahkan rasa syukur kerana anaknya kini sudah pulih sepenuhnya.
Selama lima tahun berkhidmat dengan Seri Paduka, Nazim melihat sendiri daripada kaca matanya cara Al-Sultan Abdullah yang sentiasa meletakkan rakyat sebagai keutamaan tertinggi dalam setiap tugasannya sebagai Ketua Negara.
Maka tidak hairanlah, apabila buat kali pertama dalam sejarah Istana Negara, surau di istana berkenaan dibuka kepada orang ramai untuk menunaikan solat Jumaat, sesuatu yang tidak pernah berlaku sebelum ini.
"Tuanku melihat Istana Negara bukan rumah Tuanku, Istana Negara ialah milik rakyat dan disebabkan itu, kita buka surau (kepada orang ramai untuk menunaikan solat Jumaat)," katanya.
Menyifatkan Yang di-Pertuan Agong memiliki hati dan budi pekerti yang sangat tinggi, Nazim berkata Seri Paduka juga merupakan seorang yang begitu menghormati dan menghargai setiap warga Istana Negara tanpa mengira pangkat selain menggunakan perkataan yang baik ketika memberi arahan.
Justeru, peluang berkhidmat dengan Seri Paduka disifatkan Nazim sebagai kenangan paling manis dalam hidupnya, dan rakyat Malaysia sebenarnya sangat beruntung memiliki seorang raja berjiwa rakyat yang menjadi julangan kasih setiap rakyat jelata di seluruh pelosok negara.
"Baginda merupakan Agong terbaik yang pernah rakyat Malaysia miliki. Saya pasti orang akan rindukan baginda. Sama ada Tuanku masih Agong atau tidak, baginda tetap akan bantu rakyat," kata Nazim mengakhiri temu bual berkenaan.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jan 23 2024

Setiausaha Sulit Kanan kepada Yang di-Pertuan Agong Datuk Nazim Mohd Alim dalam temu bual dengan Bernama di Istana Negara baru-baru ini. - Foto Bernama
InRealty: LBS Memacu Pembangunan Hartanah Lestari
LBS mengekalkan amalan lestari di dalam setiap pembangunan projek hartanah.
APMM tahan tujuh lelaki Indonesia ceroboh pelantar
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Terengganu menahan tujuh lelaki warga Indonesia yang menceroboh pelantar minyak tidak berpenghuni di Lapangan Tembikai di kedudukan 77 batu nautika dari perairan Kuala Terengganu, semalam. #AWANInews
KPM pantau penjaja di luar premis sekolah - KP Pendidikan
Isu penjaja di luar kawasan sekolah akan dipantau ketat oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) bagi menjamin keselamatan murid. #AWANInews
Cuba cabul kanak-kanak di masjid, polis tahan remaja 19 tahun
Polis telah menahan seorang suspek lelaki warga tempatan berusia 19 tahun berkaitan kes cubaan merogol kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor. #AWANInews
Dialog Anak Muda: Pindaan akta untuk berhimpun
Apa sebab Akta Perhimpunan Aman 2012 perlu ditambah baik? Bagaimana pindaan baharu Akta 736 ini boleh memenuhi keseimbangan kebebasan bersuara dan soal keselamatan negara? Dialog Anak Muda, 8.30 malam ini.
AWANI Sabah+: Keindahan Sabah menggamit pelancong asing
Peningkatan ketibaan pelancong dari tahun ke tahun ke Sabah telah menjana perbelanjaan pelancongan yang mencecah lebih RM5 billion pada tahun 2024 dan ia dijangka meningkat dengan pelbagai penambahbaikan yang memberi tumpuan kepada pemeliharaan warisan dan alam sekitar.
NASA kurangkan risiko impak Asteroid 2024 YR4 kepada 0.28 peratus
Nasa mengurangkan lagi kemungkinan impak daripada Asteroid 2024 YR4 ke Bumi pada 22 Disember 2032, kepada 0.28 peratus, menurut jangkaan terbaru NASA pada Khamis.
MARA sasar RM50 juta kutipan wakaf MARA MADANI - Asyraf Wajdi
Majlis Amanah Rakyat (MARA) menyasarkan kutipan dana Wakaf MARA MADANI berjumlah RM50 juta menjelang hari pelancarannya pada 15 Mac ini.
HUAWEI MatePad Pro 13.2, tablet OLED terbesar dengan prestasi PC
HUAWEI melancarkan HUAWEI MatePad Pro 13.2-inci, tablet flagship dengan paparan OLED Flexible PaperMatte Display pertama dalam industri, menawarkan pengalaman produktiviti dan kreativiti yang lebih maju.
Kedai karpet di Nilai 3 terbakar, peniaga rugi RM30 juta
Pemilik kedai karpet yang terbakar di Nilai 3 menganggarkan mengalami kerugian hampir RM30 juta selepas stok bagi jualan Aidilfitri turut musnah dalam kejadian itu.

Kesihatan Agong lebih baik selepas jalani rawatan - PM Anwar
Keadaan kesihatan Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim kini jauh lebih baik selepas menjalani rawatan konservatif, menurut Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Agong berkenan terima menghadap Anwar di Bahrain
Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Bahrain pada Rabu.

Sultan Ibrahim selamat jalani rawatan di luar negara
Istana Negara memaklumkan perkara itu dalam hantaran yang dimuat naik ke akaun Facebook rasmi Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

Duta Besar M'sia ke AS: Nama calon sudah ada, perlu perkenan Agong dahulu - Anwar
Pelantikan jawatan itu perlu mendapat perkenan YDPA Sultan Ibrahim, yang kini sedang berada di luar negara untuk menjalani rawatan.

UiTM anjur solat hajat doa kesejahteraan, kesembuhan Agong
Universiti Teknologi MARA (UiTM) mengadakan Solat Hajat Khas di Masjid UiTM Shah Alam bagi mendoakan kesejahteraan dan kesembuhan segera Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim.

Najib pertimbang mohon pengampunan kedua - Peguam
Datuk Seri Najib Tun Razak sedang mempertimbangkan untuk mengemukan permohonan pengampunan kali kedua kepada Yang di-Pertuan Agong (YDPA).

Enam individu disiasat muat naik kandungan palsu, jelik berkaitan Agong - MCMC
MCMC melakukan siasatan terhadap enam individu yang dipercayai telah memuat naik kandungan berunsur palsu dan jelik melibatkan Yang di-Pertuan Agong.

Jemaah Menteri doakan kesembuhan Yang di-Pertuan Agong
Jemaah Menteri mendoakan agar Yang di-Pertuan Agong dikurniakan kesembuhan dan selamat menerima rawatan perubatan di luar negara.

Agong jalani rawatan di luar negara - Istana Negara
Istana Negara memaklumkan perkara itu telah disembah maklum kepada Majlis Raja-Raja dan Kerajaan Persekutuan.

Agong berangkat ke pra-Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-268
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan berangkat ke pra-Mesyuarat Majlis Raja-Raja (MRR) ke-268 di Istana Negara, hari ini.