Kira-kira 50 peratus anggota penguat kuasa KPDNHEP sudah divaksin - Rosol
Bernama
Jun 12, 2021 19:38 MYT
Jun 12, 2021 19:38 MYT
SUNGAI BESAR: Kira-kira 50 peratus daripada keseluruhan 2,200 anggota penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) telah menerima suntikan vaksin COVID-19 sejak April lepas, kata Timbalan Menterinya Datuk Rosol Wahid.
Beliau berkata kesemua mereka menerima suntikan itu menerusi fasa kedua Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan yang bermula 19 April lepas.
Menurutnya KPDNHEP mengemukakan permohonan kepada Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) bagi memasukkan anggota penguat kuasa terbabit dalam senarai petugas barisan hadapan.
"Keutamaan diberikan kepada mereka (anggota penguat kuasa KPDNHEP) kerana mereka sering berdepan dengan orang awam," katanya yang ditemui pemberita selepas melakukan pemeriksaan bekalan minyak masak dan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) di sebuah pasar raya di sini hari ini.
-- BERNAMA
#KPDNHEP
#penguat kuasa
#vaksin
#COVID-19
#Rosol Wahid
#Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan
#SOP
#MOSTI