Kimanis Memilih: Pertandingan satu lawan satu di antara BN dan PH-Warisan

Ruzaini Zulkepli, Hasimi Muhamad
Januari 4, 2020 10:17 MYT
PRK Parlimen menyaksikan pertembungan satu lawan satu di antara calon WARISAN, Datuk Karim Bujang dan calon BN, Datuk Mohamad Alamin.
Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kimanis menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara calon Pakatan Harapan (PH)- Warisan dan Barisan Nasional (BN).
Pengumuman dibuat Pegawai Pengurus Pilihan Raya Kecil Kimanis, Jepry Etok di Dewan Datuk Seri Panglima Haji Mohd Dun Banir, di sini pada pukul 10:26 pagi.
Jupari berkata SPR menerima borang pencalonan pertama daripada calon parti BN, Datuk Mohamad Alamin pada pukul 9.07 pagi -- disusuli calon parti Warisan iaitu Datuk Karim Bujang pada pukul 9.10 pagi.
Terdahulu, proses penamaan calon berlangsung selama sejam bermula 9 pagi.
PRK Kimanis diadakan berikutan Mahkamah Persekutuan pada 1 Disember tahun lalu mengekalkan keputusan Mahkamah Pilihan Raya Kota Kinabalu -- membatalkan kemenangan Datuk Seri Anifah Aman yang bertanding atas tiket BN pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 lalu adalah tidak sah dan terbatal selepas mendapati ada kertas undi tambahan yang boleh menjejaskan keputusan pilihan raya.
Anifah memenangi kerusi Parlimen tersebut dengan majoriti tipis 156 undi sekaligus menewaskan pencabarnya Karim Bujang daripada parti Warisan dan Jaafar Ismail daripada parti Harapan Rakyat Sabah.
Dengan selesainya proses penamaan calon sebentar tadi, maka secara rasmi gelanggang kempen PRK Kimanis bermula sehingga tengah malam menjelang 18 Januari ini.
#Karim Bujang #Kimanis Memilih #Mohamad Alamin #pilihan raya kecil #PRK Kimanis
;