Kim Jong Nam mati 15-20 minit selepas terkena Agen Saraf VX - Subramaniam

Harits Asyraf Hasnan
Februari 26, 2017 18:07 MYT
Dr Subramaniam berkata tindak balas bahan kimia itu terlalu cepat dan dos yang didapati dalam badan mangsa terlalu tinggi. -Foto Astro AWANI / SHAHIR OMAR
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S. Subramaniam mengesahkan warga Korea Utara, Kim Jong Nam maut di antara 15 dan 20 minit selepas terkena agen saraf VX.
Katanya, agen tersebut telah menyebabkan organ utama mangsa, seperti jantung dan paru-paru, gagal berfungsi.
"Bahan kimia tersebut telah menyebabkan organ badan mangsa mengalami kegagalan seperti jantung dan paru-parunya gagal untuk mengembang.
"Malah, bahan kimia itu jika terkena pada kulit ia akan menyebabkan tindak balas yang begitu cepat," katanya pada sidang media, di sini, hari ini.
Tambahnya lagi, keputusan ujian forensik Jabatan Kimia juga seiring dengan laporan forensik Kementerian Kesihatan yang mendapati mangsa terkena bahan kimia jenis organofosfat.
"Kita pernah berdepan kes-kes seperti pengambilan racun seperti semburan pembunuh nyamuk dan hospital mempunyai antidot yang boleh merawatnya.
"Namun kandungan racun yang berada di dalam badan si mati tinggi, terlalu tinggi," katanya.
BERITA LANJUT MENYUSUL
#bunuh #Jabatan Kimia #Kementerian Kesihatan #kim jong nam #orga badan #organofosfat #subramaniam
;