Kilang proses silikon di Pulau Indah musnah dalam kebakaran

Bernama
April 12, 2019 05:24 MYT
Tiada kemalangan jiwa dilaporkan sususlan kebakaran di sebuah kilang memproses silikon pada Jumaat. - Foto BERNAMA
Sebuah kilang memproses silikon di Pulau Indah, Pelabuhan Klang dekat sini, musnah dalam kebakaran kira-kira jam 9 malam tadi.
Ketua Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Zulfikar Jaffar berkata kebakaran itu melibatkan keluasan kawasan kilang kira-kira 1.2 hektar.
Beliau berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 9.16 malam dengan 55 anggota dan pegawai dari lima balai bomba dan penyelamat telah dikejarkan ke lokasi kejadian.
"Kebakaran telah berjaya dikawal dan ketika ini kerja-kerja memadam api di kawasan longkang sedang dijalankan.
"Setakat ini tiada kemalangan jiwa juga dilaporkan dan punca kejadian masih dalam siasatan," katanya dalam satu kenyataan.
-- BERNAMA
#Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia #JBPM Selangor #kebakaran #kemalangan #kilang #Klang #Pelabuhan Klang #Pulau Indah #silikon #Zulfikar Jaffar
;