Kilang cat di Kg Baru Ampang musnah dalam kebakaran
Astro Awani
Februari 28, 2018 11:35 MYT
Februari 28, 2018 11:35 MYT
Sebuah kilang membuat cat kelas B di Kampung Baru Ampang, di sini musnah dalam satu kejadian kebakaran pagi tadi.
Menurut kenyataan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPBM), kebakaran itu menyaksikan kemusnahan sebanyak 60 peratus pada bangunan tersebut.
Pihak bomba menerima panggilan pada jam 6.02 pagi tadi dan sampai di lokasi kejadian pada jam 6.09 pagi.
Seramai 19 anggota daripada empat buah Balai Bomba dan Penyelamat sekitar Selangor dan Kuala Lumpur terlibat bagi memadamkan kebakaran itu.
Bagaimanapun, menurut bomba lagi, tiada mangsa yang terlibat dan punca kebakaran masih dalam siasatan.