Kilang bahan kimia terbakar di Pasir Gudang
Najib Aroff
Julai 28, 2018 13:01 MYT
Julai 28, 2018 13:01 MYT
Suasana di Kawasan Perindustrian Taman Air Biru, Pasir Gudang bertukar cemas selepas sebuah kilang bahan kimia terbakar.
Kejadian dilaporkan berlaku sekitar 11.30 pagi menyebabkan kesemua pekerja kilang lari menyelamatkan diri.
Menurut jurucakap Bilik Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Johor, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 11.34 pagi.
Sejumlah tujuh jentera dari Balai Bomba dan penyelamat Pasir Gudang, Johor Jaya, Skudai, dan Johor Bahru serta kekuatan 28 anggota digerakkan ke lokasi kejadian sebaik sahaja menerima panggilan.
Setakat jam 1 petang tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan operasi memadan kebakaran giat dijalankan.
Menurut saksikan di tempat kejadian, beberapa kilang di sekeliling turut diarah tutup bagi mengelakan kejadian tidak diingini.