Kibarkan Jalur Gemilang: Kenapa perlu dipaksa?
Syafique Shuib
Ogos 27, 2013 13:21 MYT
Ogos 27, 2013 13:21 MYT
Banyak faktor mengapa semangat mengibarkan bendera dilihat semakin berkurangan.
Melalui maklumbalas yang diterima di Facebook Astro AWANI, ada yang tertanya-tanya mengapa inisiatif sebegini tidak diwujudkan sejak dulu lagi. Ada juga yang berpendapat bahawa Jalur Gemilang sepatutnya diberi secara percuma supaya negara akan ‘kaya’ dengan bendera-bendera Malaysia.
Berikut adalah pandangan yang disuarakan di Facebook Astro AWANI:
Bang Wan Pekida: “Kalau 50 tahun dahulu kerajaan mengambil langkah tegas dalam menanam jati diri pada semua rakyat cintakan negara tidaklah akan menjadi macam sekarang.”
Abdullah Hassan: "Hendak paksa hingga biasa? Tak mungkin jadi biasa sebab 31 Ogos hanya setahun sekali. Hendak didik tanam semangat di sekolah? Mungkin berjaya sikit saja sebab di luar sekolah pengaruh jahat rasis dan tidak sayangkan kemerdekaan negara lebih banyak dan berbagai."
Tax Lancer: “Bagaimana tidak berkurangan kalau bendera negara sendiri pun kita kena beli untuk dikibarkan. Cuba Jalur Gemilang diberi secara percuma seperti bendera-bendera parti politik diagihkan secara percuma ketika PRU-13 baru-baru ini. Mesti seluruh negara akan ‘kaya’ dengan jalur gemilang."
Masril Isuwardi: “Begitu parahnya kenegaraan rakyat Malaysia sehingga ketaatannya kepada tanahairnya sendiri terpaksa dipersoalkan dan ditanyakan [...] contohi semangat orang orang negara tetangga kita, jitu dan tebal.”
Sudin Adine: “Apa salahnya setahun hanya sekali beli Jalur Gemilang. Lagi pun beli sekali boleh guna lima kali demi negara tercinta.”
Ridzel Riduan: “Bukan memaksa tetapi wajib.”
Baru-baru ini, Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, pihak kerajaan akan melihat keperluan untuk diwujudkan undang-undang bagi mewajibkan setiap premis dan bangunan kerajaan atau swasta mengibarkan Jalur Gemilang sepanjang sambutan Bulan Kemerdekaan.
Adakah anda bersetuju dengan kewujudan undang-undang wajib kibar Jalur Gemilang? Nyatakan pandangan anda disini.