Kibar bendera sebelum PRU tidak wajar

Astro Awani
Februari 24, 2013 11:55 MYT
Sebanyak lima ribu bendera parti politik ditanggalkan dan disita oleh Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) setakat ini.
Menurut Timbalan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Ampang Jaya, Abdul Hamid Hussin, tindakan diambil kerana menyalahi peraturan memandangkan tarikh pilihan raya belum diumumkan.
Jelas beliau, MPAJ mendapati, banyak bendera parti politik telah dipasang di kawasan umum dan persendirian.
MPAJ katanya, hanya membenarkan pemasangan bendera parti politik jika ada majlis atau program kepartian dianjurkan.
Parti politik dibenar memasang bendera dua hari sebelum program berlangsung dan selepas dua hari penganjuran majlis, bendera hendaklah diturunkan.
MPAJ hanya bertindak menurunkan bendera kerana tindakan lain sukar diambil berikutan pihak bertanggungjawab tidak dapat dikenalpasti.
#Majlis Perbandaran Ampang Jaya #PRU-13 #PRU13