SHAH ALAM: Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah mahu khutbah Jumaat menjadi antara platform wajib bagi umat Islam merangsang dan menyegarkan kembali pemikiran mereka mengenai isu-isu berkaitan syiar Islam.
Menurut kenyataan dimuat naik menerusi Facebook rasmi Selangor Royal Office, pada Jumaat, Sultan Selangor turut berkenan menzahirkan penghargaan kepada barisan Ahli Jawatankuasa Khutbah dan Panel Khutbah Negeri Selangor bagi tahun 2021 hingga tahun ini yang menghasilkan teks-teks khutbah Jumaat yang amat baik dan cemerlang.
Titah baginda, topik yang dipilih serta isi kandungan khutbah Jumaat yang disampaikan setiap minggu amat bertepatan dan sesuai dengan situasi semasa serta berkait dengan isu-isu yang sedang didepani oleh umat Islam dan masyarakat di negara ini.
Baginda berpandangan isi kandungan khutbah Jumaat yang difokuskan juga adalah padat, tepat dan mudah difahami oleh masyarakat dengan penggunaan bahasa yang ringkas serta jelas.
"Antara tajuk yang menyentuh tentang hal semasa pernah diketengahkan adalah 'Bahana Nikah Sindiket', 'Rasuah', 'Bahaya Pemikiran Islam Liberal', 'Kewajipan Mengundi Dalam Pilihan Raya', 'Banggakah Kita Jadi Tukang Viral Fitnah di Media Sosial', 'Fitnah Merosakkan Ummah' dan 'Vaksin Ikhtiar Terbaik'.
"Khutbah Jumaat minggu ini pula membawa tajuk 'Bijak Menyingkapi Pendapat'," menurut baginda.
Dalam hantaran sama, Sultan Selangor memaklumkan baginda akan disembah maklum dengan isi kandungan khutbah terlebih dahulu beberapa hari sebelum ia diperdengarkan kepada awam dan baginda sendiri teruja menantikan kupasan tajuk-tajuk yang dipilih.
Baginda berharap Ahli Jawatankuasa Khutbah Negeri Selangor, yang dipengerusikan oleh Datuk Salehuddin Saidin serta Panel Khutbah, yang dipengerusikan oleh Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor, Datuk Mohd Shahzihan Ahmad, akan meneruskan momentum cemerlang dan tampil dengan tajuk, naratif dan isi kandungan khutbah Jumaat yang relevan dengan keadaan semasa.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jan 27 2023

Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah mahu khutbah Jumaat menjadi antara platform wajib bagi umat Islam merangsang dan menyegarkan kembali pemikiran mereka mengenai isu-isu berkaitan syiar Islam. - Foto Facebook/Selangor Royal Office
Pantau Agenda Reformasi: Memahami di sebalik penyakit kusta
Situasi di sebalik kes wabak kusta di Negeri Sembilan. Adakah orang ramai perlu panik? Bagaimana nak address situasi ini? Kemampuan sistem kesihatan Malaysia mengawal wabak kusta.
UMNO yakin BN dapat mentadbir semula
Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir, menegaskan bahawa sama ada parti tempatan atau tidak, itu tidak seharusnya menjadi pengukur di dalam Pilihan Raya Negeri SABAH akan datang.
Sistem Pengurusan Trafik Vesel akan dilaksana di Sungai Miri
Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lim Kim Shin memberitahu Sistem Pengurusan Trafik Vesel (VTMS) yang moden bakal dilaksanakan di Sungai Miri.
Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik
Sarawak menerusi kementerian pengangkutannya kini melaksanakan pelbagai inisiatif berteknologi tinggi bagi memantapkan mobiliti trafik khasnya di kawasan bandar.
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

MAIPk belum muktamad kadar zakat fitrah tahun ini
Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) belum menetapkan kadar bayaran zakat fitrah bagi tahun ini.

Imam masjid di Teluk Intan buat laporan polis, dakwa difitnah bekas ADUN
Mohamad Lotfi menyifatkan tindakan itu sebagai tidak bertanggungjawab dan boleh menjatuhkan reputasinya sebagai seorang imam.

Bekas ADUN lapor polis khatib masjid tidak baca teks khutbah Jumaat JAIPk
Bekas ADUN Titi Serong, Hasnul Zulkarnain Abd Munaim membuat laporan polis berhubung dakwaan khatib sebuah masjid di Teluk Intan tidak membaca teks khutbah Jumaat yang disediakan.

Papar gambar pemimpin politik dalam khutbah Jumaat, 4 pegawai JAIM kena tindakan tatatertib
JAIM mengambil tindakan tatatertib terhadap empat pegawainya berhubung penggunaan gambar pemimpin politik pada paparan infografik slaid khutbah Jumaat di masjid-masjid di negeri itu, minggu lepas.

Arab Saudi pendekkan tempoh khutbah Jumaat kepada 15 minit
Arahan itu juga termasuk menjadikan tempoh masa antara azan pertama dan azan kedua 10 minit dengan melambatkan waktu azan pertama.

PM Anwar sampaikan khutbah Jumaat di ICCNY New York
Anwar pemimpin asing pertama diberi penghormatan menyampaikan khutbah di pusat itu, yang merupakan masjid pertama dibuka di New York.

PM Anwar sampai khutbah Jumaat di masjid New York
Anwar ketuai delegasi Malaysia ke UNGA78 dan akan menyampaikan Kenyataan Negara pada Perbahasan Umum, pada Jumaat.

HAWANA: Sultan Nazrin Shah perkenan pengamal media baca khutbah Jumaat
Sultan Nazrin juga telah menitahkan khutbah Jumaat itu bertemakan 'Kewartawanan: Menyempurnakan Tugas Berlandaskan Nilai-nilai Islam.

Sultan Perak perkenan belia baca khutbah Jumaat, esok
Sultan Perak Sultan Nazrin Shah berkenan golongan belia di negeri ini diberi penghormatan membaca khutbah Jumaat di beberapa masjid di Perak esok.

Sultan Perak perkenan guru diberi penghormatan baca khutbah Jumaat
Sultan Nazrin telah menitahkan supaya khutbah Jumaat di negeri ini bertemakan "Guru Insani: Pemangkin Membangunkan Masyarakat Bertamadun".