Khir Toyo: BN Selangor perlu ada manifesto sendiri

Astro Awani
Januari 2, 2013 07:27 MYT
Barisan Nasional (BN) Selangor perlu ada manifesto sendiri bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13.
Ia perlu menangani isu-isu khusus yang dihadapi rakyat itu selain kekusutan kesan pentadbiran kerajaan yang dipimpin pakatan rakyat.
Cadangan manifesto disuarakan oleh bekas menteri besar Selangor, Dr Mohamad Khir Toyo dalam wawancaranya dengan Astro Awani.
“Pertamanya kita perlu ada manifesto khas Selangor, kita boleh mengatasi manifesto imaginasi daripada pihak satu lagi, yang kedua tentang pemimpin akan pimpin jaga Selangor, saya lihat ramai yang berkelayakan cuma tak beri peluang kepada mereka,” kata beliau.
Mohamad Khir yakin BN akan diberi mandat semula oleh rakyat Selangor pada pilihan raya umum nanti.
Harapan juga disuarakan sesiapa yang dilantik negeri itu supaya tidak mengetepikan anak Selangor yang berbakat.
Mohamad Khir yakin antara faktor utama yang akan menyebabkan peralihan semula undi kepada BN kerana faktor tiada pembangunan mega di negeri itu sejak 2008.
#Barisan Nasional #BN #Dr Khir Toyo #Pilihan Raya Umum 13 #PRU13
;