Khemah jemaah rosak akibat hujan dan angin kencang

Razak Chik
Oktober 10, 2013 10:24 MYT
Hujan dan angin kencang menyebabkan sedikit kerosakkan kepada perkhemahan jemaah Malaysia di Arafah pada Rabu.
Namun, kejadian itu tidak menjejaskan persiapan Operasi Masya’er yang akan bermula Ahad ini kerana pihak muasassah akan melantik kontraktor untuk melakukan kerja kerja baik pulih dan pemasangan semula khemah khemah yang diterbangkan angin.
Kota Mekah dilanda hujan dan ribut pasir buat seketika pada sebelah petang antara Zohor dan Asar.
Ini adalah fenomena cuaca biasa bila berlakunya peralihan musim di Arab Saudi.
Perkara ini disahkan oleh pengarah Operasi Maysya’er Haji Mohd Bober Kassim.
#Arafah #Malaysia #Mekah #Operasi Masyaer