Khalid Samad diserang: Polis beri tempoh hingga 2 petang untuk serah diri
Astro Awani
November 25, 2016 11:37 MYT
November 25, 2016 11:37 MYT
KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar turut memberi reaksi mengenai insiden kekecohan di luar lobi Parlimen semalam.
Tegas Khalid, polis memberi tempoh hingga 2 petang ini kepada 10 individu terlibat untuk serah diri.
Semalam, polis Kuala Lumpur mengarahkan 10 individu yang dikenal pasti terlibat dalam kekecohan itu tampil menyerah diri bagi membantu siasatan.
Antara yang dikenalpasti adalah Firdaus Tajuddin iaitu anak kepada ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh Ishar Singh berkata semua mereka akan disiasat mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaaan kerana merusuh.
Insiden sekitar jam 12 tengahari itu dipercayai susulan tindakan ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdu Samad yang memanggil Tajuddin dengan kata kesat dalam sidang Dewan Rakyat Isnin lalu.
#Khalid Abu Bakar
#Tajuddin Abdul Rahman
#Amar Singh Ishar Singh
#Seksyen 147 Kanun Keseksaan
#Teresa Kok