Khalid Samad diserang penyokong Tajuddin Rahman di Parlimen

Harits Asyraf Hasnan
November 24, 2016 12:46 MYT
Khalid sebelum itu dilihat baru turun dari kenderaannya dan sedang berjalan menuju ke pintu masuk Dewan Rakyat sebelum diserang kumpulan berkenaan. -Astro AWANI/Wildan
Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Abdul Samad diserang lebih 10 individu dipercayai penyokong ahli Parlimen Pasir Salak Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman di pekarangan bangunan Parlimen, di sini, hari ini.
Khalid sebelum itu dilihat baru turun dari kenderaannya dan sedang berjalan menuju ke pintu masuk Dewan Rakyat sebelum diserang kumpulan berkenaan lalu berlaku pergelutan sebelum dileraikan oleh pegawai polis bertugas.

(VIDEO) Ini merupakan visual dirakam jurukamera @501Awani Wildan. Kejadian pergelutan beberapa individu cuba menyerang Khalid Samad pic.twitter.com/VqdfHn7miL

— Asyraf Hasnan AWANI (@AsyrafAWANI) November 24, 2016
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Khalid ketika ditemui wartawan Astro AWANI selepas kejadian mendakwa beliau mendengar seorang daripada individu terbabit berkata, "Kenapa kau panggil ayah aku 'sial'?"
Serangan itu dipercayai susulan tindakan Khalid yang memanggil Tajuddin dengan kata kesat dalam sidang Dewan Rakyat Isnin lalu.
#Dewan Rakyat #Khalid Samad #Pasir Salak #Tajuddin Rahman
;