Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bakal mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Selangor untuk penggal kedua di hadapan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah di Istana Alam Shah, Klang pagi
Selasa.
Mengikut satu laporan Bernama, perkara ini disahkan seorang pegawai di Sekretariat Akhbar Pejabat Menteri Besar Selangor.
Perkembangan ini sekali gus menamatkan teka-teki dan spekulasi yang berlarutan selama seminggu tentang siapa pemimpin daripada gabungan parti PAS, PKR dan DAP (PR), yang akan mengisi kerusi menteri besar selepas pilihan raya Umum ke-13 (PRU13), 5 Mei.
Abdul Khalid ketika ditemui pemberita selepas menghadap Sultan Selangor di luar pintu masuk utama Istana Bukit Kayangan di sini berkata barisan baharu exco kerajaan negeri Selangor akan dibuat selewatnya-lewatnya dalam tempoh dua minggu.
"Senarai barisan exco dah ada. Sasaran kami, paling lebih dua minggu, paling awal seminggu exco baharu akan dilantik," katanya.
Abdul Khalid mengangkat sumpah pertama kali sebagai menteri besar pada 13 Mac 2008, empat hari selepas PRU 2008 manakala barisan anggota Exco Kerajaan Negeri Selangor mengangkat sumpah pada 23 Mac, iaitu 10 hari selepas itu.
Beliau juga merupakan orang pertama dalam kalangan pemimpin pembangkang yang dilantik sebagai Menteri Besar Selangor. Kesemua 13 MB Selangor sebelum ini daripada Umno, parti komponen utama Barisan Nasional (BN).
Pada PRU13, PR memenangi 44 daripada 56 kerusi dewan undangan negeri (DUN) Selangor, meningkat daripada 36 kerusi yang diperoleh pada 2008.
PKR menang 14 kerusi berbanding DAP dan PAS yang masing-masing memperoleh 15 kerusi. Barisan
Nasional (BN) pula memenangi 12 kerusi.
Beberapa hari lepas, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali menyatakan sokongan mereka kepada Abdul Khalid sebagai Menteri Besar.
Astro Awani
Mon May 13 2013
G7 usaha sepakati isu waran tangkap Netanyahu
Tajani menyatakan bahawa G7 perlu bersatu dalam isu ini untuk menunjukkan pendirian yang kukuh.
Airbus rancang beli balik sehingga 2.12 juta saham
Syarikat aeronautik dan angkasa lepas Eropah, Airbus, mengumumkan "tranche" kedua program pembelian balik sahamnya.
Kes remaja hamil luar nikah, khalwat tunjuk trend penurunan - Timbalan MB Kelantan
Kes hamil luar nikah dalam kalangan remaja berusia 15 hingga 19 tahun di Kelantan telah menunjukkan trend penurunan dari 2021 hingga 2023, kata Timbalan Menteri Besar Datuk Mohamed Fadzli Hassan.
MOTAC perluas Aspirasi Generasi Pendidikan TVET, pastikan tenaga kerja tempatan dipenuhi
Kerajaan bercadang memperluaskan Program Aspirasi Generasi TVET Sektor Pelancongan bagi membuka peluang kepada lebih ramai graduan tempatan menceburi industri berkenaan.
Salah faham konsep taat antara punca isteri tidak lapor keganasan rumah tangga
Salah faham terhadap konsep taat dikenal pasti antara punca mengapa sebahagian wanita yang menjadi mangsa keganasan rumah tangga tidak melaporkan kejadian itu kepada pihak berkuasa.
Maritim Malaysia rancang perolehan radar baharu guna teknologi AI
Maritim Malaysia merancang untuk memperoleh radar baharu yang akan ditempatkan di kawasan strategik seperti di kawasan perairan Sarawak dan pantai timur.
KPK yakin sasaran RM28 bilion eksport industri kayu dapat dicapai menjelang 2025
KPK yakin sasaran nilai eksport kayu dan produk kayu sebanyak RM28 bilion menjelang 2025 akan dapat dicapai seperti yang digariskan dalam Dasar Agrikomoditi Negara 2030.
Pencemaran plastik di Sabah semakin membimbangkan - Joachim
Pencemaran plastik di Sabah semakin membimbangkan dan memberi kesan buruk kepada imej negeri ini sebagai destinasi pelancongan bertaraf dunia.
Perak berpotensi baik sebagai penyumbang ekonomi negara - Rafizi
Perak mempunyai potensi baik berbanding negeri lain sebagai penyumbang ekonomi negara, kata Menteri Ekonomi Rafizi Ramli.
MOTAC promosi makanan tempatan sepanjang Kepengerusian ASEAN
Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) akan mempromosikan makanan tradisional Malaysia sepanjang Kepengerusian ASEAN 2025 bagi merancakkan industri pelancongan negara.
Berita pemergian bekas MB Selangor, Khalid Ibrahim tidak benar
Abdul Khalid sebelum ini dilaporkan berada dalam keadaan tidak sihat dan sedang dalam rawatan dan ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU).
Saya masih dikurniakan umur yang panjang - Abdul Khalid
Abdul Khalid memuat naik hantaran tersebut menerusi akaun Facebooknya pagi tadi setelah keluarga dan pegawainya banyak menerima mesej kononnya beliau telah meninggal dunia.
Krisis air: Rakyat diutamakan, bukan pemilik konsesi, pengilang haram - Khalid Ibrahim
Pesanan itu disuarakan menerusi satu ciapan di laman Twitter beliau yang menyentuh isu air di negeri berkenaan yang kerap dibincangkan beberapa hari ini.
Azmin dilantik menteri kanan
Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, yang merupakan salah seorang pemain utama dalam pengaturan semula politik tempatan baru-baru ini kembali semula menyertai kabinet sebagai menteri kanan.
'Saya lahir di Perak bukan Singapura, sudah sudahlah meroyan!' - Farhash Wafa
Selepas ucapan berapi yang disampaikan Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Naib Presiden PKR Zuraida Kamaruddin dalam Majlis Makan Malam Wawasan Kemakmuran
Kedudukan MB Selangor bergantung kepada Azmin - Penganalisis politik
Kedudukan jawatan Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari bergantung kepada sejauh mana kekuatan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali untuk menyaingi kem-kem lain yang wujud di dalam arti itu sendiri.
Setiap janji manifesto pilihan raya perlu dipenuhi tanpa banyak alasan
Sekiranya manifesto pilihan raya diikat dengan kuasa undang-undang, setiap ahli politik serta parti politik akan lebih mengambil serius terhadap manifesto pilihan raya mereka.
Isu klinik ditutup angkara makhluk halus dibawa ke KKM
Pengarah Kesihatan Selangor, Datuk Dr Khalid Ibrahim berkata Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) mengambil tindakan sewajarnya berhubung penutupan sementara itu.
Wang khairat kematian: MB Selangor akan umum manfaat lain - Halimey
Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari akan mengumumkan manfaat lain untuk menggantikan pemberian wang khairat kematian kepada rakyat.
Cadangan wajibkan suntikan vaksin dibentang 8 Mei ini - Dr Dzulkefly
Kewajipan imunisasi adalah pilihan untuk memastikan anak-anak dapat dilindungi dan mencapai imuniti kelompok sehingga 97 peratus penerimaan ibu bapa.