Khairy setuju kenderaan Singapura dikenakan caj
Harris Hardy Hakim
Julai 15, 2014 20:39 MYT
Julai 15, 2014 20:39 MYT
Kerajaan digesa mengkaji kadar bayaran yang patut dikenakan terhadap kenderaan dari Singapura yang ingin memasuki Malaysia.
Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin berkata, sudah tiba masanya kenderaan dari negara itu dikenakan bayaran untuk memasuki negara ini sepertimana dilakukan Singapura terhadap kenderaan Malaysia.
Tegas beliau, kerajaan tidak perlu berfikir panjang mengenai implikasi tindakan berkenaan terhadap hubungan Malaysia-Singapura kerana ia merupakan satu langkah betul.
Khairy percaya pengenalan bayaran masuk kenderaan Singapura ke Malaysia tidak akan menjejaskan sektor pelancongan mahupun pelaburan di negara ini.
Sebelum ini Pemuda UMNO Johor mencadangkan agar kenderaan Singapura dikenakan bayaran sehingga RM100 jika ingin memasuki Malaysia.
Caj itu dilihat berpatutan berikutan kedudukan mata wang singapura lebih tinggi berbanding nilai mata wang tempatan.
BERITA LANJUT MENYUSUL