Khairy selesai disuntik, jadi individu pertama di Malaysia terima vaksin Sinovac

Ridauddin Daud
Mac 18, 2021 13:55 MYT
Khairy dilihat tenang ketika menerima vaksin tersebut manakala proses suntikan pula tidak mengambil masa lama, tidak sampai satu minit. - Foto Astro AWANI/Ridaudeen Daud
REMBAU: Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar menjadi individu pertama di negara ini menerima vaksin Sinovac buatan negara China bagi mencegah COVID-19 di Hospital Rembau pada Khamis.
Ahli Parlimen Rembau itu selesai menerima vaksin Sinovac tepat jam 1.32 petang tadi dan beliau disuntik oleh Ketua Penyelia Jururawat Hospital Rembau, Salha Abd Samad.
Khairy dilihat tenang ketika menerima vaksin tersebut manakala proses suntikan pula tidak mengambil masa lama, tidak sampai satu minit.
BACA: Ikuti perkembangan berita terkini vaksin COVID-19 di sini.
Khairy terima vaksin Sinovac
Selepas Ahli Parlimen Rembau itu selesai divaksin, kakitangan hospital dan kementerian kemudian memberikan tepukan, simbolik penyempurnaan pemberian vaksin Sinovac yang pertama di Malaysia.
Seramai 10 petugas barisan hadapan kemudiannya menerima vaksin dan ia turut disempurnakan Salha dan beberapa pegawai kesihatan lain.
[INFOGRAFIK] Sinovac | Negara mana yang gunakannya?
#Khairy Jamaluddin #Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan #vaksin #COVID-19 #Vaksin Sinovac #Khairy individu pertama
;