Khairy percaya lampu potret Tun M terpadam kerana masalah teknikal

Bernama
Jun 25, 2015 07:00 MYT
Menteri Belia dan Sukan itu menganggap perkara tersebut sengaja diperbesarkan oleh pihak tidak bertanggungjawab.
Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin menolak andaian lampu pada potret bekas Presiden UMNO Tun Dr Mahathir Mohamad di ibu pejabat UMNO di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur dipadamkan dengan sengaja.
Katanya beliau percaya keadaan itu berlaku disebabkan masalah teknikal atau kerosakan pada fius lampu.
Menteri Belia dan Sukan itu menganggap perkara tersebut sengaja diperbesarkan oleh pihak tidak bertanggungjawab.
"Takkanlah kita dengan sengaja padamkan lampu pada gambar Tun Mahathir. Itu tak masuk akal," katanya ketika mengulas penyebaran dalam media sosial yang memaparkan potret tujuh orang presiden UMNO yang diterangi lampu, kecuali Tun Dr Mahathir.
Potret berkenaan terletak di hadapan Dewan Tun Razak, PWTC.
Khairy ditemui media selepas menyaksikan perjanjian kerjasama antara kementeriannya dengan Persekutuan Pusat Pembangunan Kemahiran Malaysia (FMSDC) di sini, Khamis.
BACA: 'Malaysiakini jangan lagakan UMNO dengan rakyat' - Razlan
#Dr Mahathir #Khairy Jamaluddin #UMNO
;