Khairy pakai gelang 'pink', akur arahan KKM untuk kuarantin

Firdaus Azil
Mei 17, 2021 18:06 MYT
Khairy berkata, arahan HSO selama 10 hari itu dikeluarkan selepas KKM kenal pasti beliau antara kontak rapat kepada seorang pesakit COVID-19. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Biarpun sudah melakukan ujian saringan RT-PCR COVID-19, Menteri Penyelasan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) Khairy Jamaluddin tetap akur dan patuh kepada Perintah Pengawasan dan Pemerhatian di Rumah (HSO) yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan Malaysia.
Dalam pengkongsian terbaharu di Twitternya, Ahli Parlimen Rembau itu berkata, arahan HSO selama 10 hari itu dikeluarkan selepas kementerian mengenalpasti beliau antara kontak rapat kepada seorang pesakit COVID-19.
Khairy berkata, beliau telah pun melakukan ujian RT-PCR sejurus menerima makluman itu, dan keputusan menunjukkan beliau masih negatif.
Namun Khairy berkata, beliau akan mengemaskini status secepat mungkin jika ujian susulan menunjukkan keputusan sebaliknya, memandangkan beliau telah membuat kerja-kerja sukarelawan di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) World Trade Centre, pada hujung minggu baru-baru ini.

Have been issued an HSO to self-isolate for 10 days after being categorised as a close contact by @KKMPutrajaya. Did a PCR test and result just came back negative. Will update if status changes since I volunteered at PPV WTCKL over the weekend.

— Khairy Jamaluddin (@Khairykj) May 17, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Khairy Jamaluddin #COVID-19 #ujian saringan #kesihatan #Kementerian Kesihatan #Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan #Pusat Pemberian Vaksin #Parlimen #menteri
;