Khairy, Nurul Izzah antara yang teruja hari pertama persekolahan anak
Azyyati Ahmad
Januari 2, 2014 12:38 MYT
Januari 2, 2014 12:38 MYT
Hari ini 2 Januari merupakan hari pertama untuk sesi persekolahan bagi tahun 2014 bagi sesetengah negeri, semestinya yang paling teruja adalah ibu bapa terutamanya yang mempunyai anak yang baru memasuki Tahun Satu.
Kegembiraan ini terserlah bila ada di antara mereka memuatnaik gambar anak masing-masing di media sosial.
Ini termasuk ahli-ahli politik seperti Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin.
Beliau berkongsi gambar hari persekolahan pertama anaknya di laman Twitternya.
Selain itu, Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar turut berkongsi gambar hari pertama persekolahan anaknya di laman Instagram beliau.
Di Instagram, selebriti- selebriti tempatan seperti Datuk Sheila Majid memuatnaik gambar anak bongsunya yang baru memasuki tahun satu.
Begitu juga dengan pelakon dan penyanyi, Ifa Raziah yang juga berkongsi gambar anak-anaknya yang sudah bersiap sedia mahu ke sekolah.
Di laman sosial turut trending topik mengenai hari pertama sesi persekolahan bagi tahun 2014 serta gambar-gambar menarik dari ibu bapa yang pertama kali menghantar anak ke sekolah.
#Ahli Parlimen Lembah Pantai
#Datuk Sheila Majid
#Khairy Jamaluddin
#Menteri Belia dan Sukan
#Nurul Izzah Anwar
#sekolah