Khairy nafi terlibat skim pelaburan saham

Sinar Harian
Jun 11, 2023 15:07 MYT
Bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar menafikan pembabitan dalam mana-mana skim pelaburan saham. - Gambar fail/Astro AWANI
SHAH ALAM: Bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar menafikan pembabitan dalam mana-mana skim pelaburan saham.
Beliau berkata, pihaknya tidak pernah berurusan dengan mana-mana pihak berkaitan pelaburan saham.
"Pihak saya tidak pernah berhubung atau berurusan dengan sebarang syarikat pelaburan saham," katanya menerusi Facebook pada Sabtu.
Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai gambarnya yang digunakan dalam sebuah iklan pelaburan saham yang tular di media sosial.
Menurut, Khairy, laporan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) akan dibuat berhubung iklan palsu berkenaan.
- Sinar Harian
#Khairy Jamaluddin #skim pelaburan saham