Khairy muat naik video sebelum angkat sumpah

Astro Awani
Mei 17, 2013 23:30 MYT
Pagi sebelum Khairy Jamaluddin mengangkat sumpah sebagai Menteri Belia dan Sukan, beliau sempat kongsikan videonya menerusi laman sosial Keek.
Dalam Keek tersebut, beliau mengajak seluruh rakyat Malaysia berkongsikan idea demi membangunkan belia dan sukan bersamanya.
Bagi siapa yang berminat berkongsikan pandangan bagi membangunkan belia, Khairy mencadangkan kepada umum supaya menghantar tweet ke akaun peribadinya, @Khairy KJ.
Sebelum barisan Kabinet baru, sokongan padu Khairy dipilih sebagai menteri membanjiri timeline di Twitter.
#Khairy Jamaluddin #Menteri Belia dan Sukan #pandangan #Twitter