Menterinya, Khairy Jamaludin memaklumkan inisiatif itu mahu dilaksanakan bagi memberi peluang kepada rakyat di setiap pelusuk menyertai gerakan FitMalaysia.
Ia juga sebagai usaha untuk mencapat matlamat negara untuk menjadikan Malaysia sebagai negara sukan yang menurut beliau, boleh dicapai dalam tempoh lima hingga sepuluh tahun.
Khairy mahu rakyat Malaysia di setiap pelusuk menyertai FitMalaysia. -Foto BERNAMA
"Kita perlu membina dari peringkat akar umbi di kalangan pelajar-pelajar sekolah. Kita perlu jayakan satu murid satu sukan dibawah kementerian pendidikan. FitMalaysia pelu dijayakan bukan sahaja di bandar-bandar besar tetapi di kawasan pendalaman dan bandar-bandar kecil.
Khairy Jamaluddin bersama krew Astro AWANI di Johor Bahru. -Gambar: Astro AWANI/Marlina Manaf
"Ia perlu menjadi satu budaya, dan budaya ini kita tidak boleh bentuk dalam setahun dua. Ini memerlukan tempoh masa yang panjang,” kata Khairy kepada Astro AWANI pada Majlis Pelancaran FitMalaysia di Johor Bahru pagi tadi.
Program FitMalaysia sentiasa menerima sambutan hangat. -Astro AWANI/Marlina Manaf
Beliau juga gembira kerana FitMalaysia terus mendapat sambutan yang baik.
Khairy berkata semangat bersukan perlu dibina dari peringkat akar umbi di kalangan pelajar-pelajar sekolah. -Foto BERNAMA
“Dari segi penganjuran, ia sudah cukup lancar. Di mana sahaja kita pergi, ia mendapat sambutan yang cukup mengalakkan. Ini menunjukkan rakyat Malaysia sudah semakin cergas dan sudak semakan aktif dalam sukan dan kita dapat mencapai matlamat kita untuk menjadikkan Malaysia sebagai negara sukan,” katanya.